Memang benar ini adalah jemputan last minute. Tetapi ia tiada masalah bagi blogger macam saya ni. Availabe aje. Walaupun tidak available, saya akan buat jadual itu available juga. Hahahaha.
Al maklumlah dah lama tidak bercuti. Jadi, why not spend more time bercuti sambil berblog. Terima kasih kepada Malindo Air kerana sudi menjemput blogger suam-suam kuku ni. Tidak lupa juga kepada Sarawak Tourism Board yang memberi segala macam pendedahan kepada trip kami. Jika saya pergi dengan keluarga, mungkin saya tidak dapat cover keseluruhan tempat menarik di Sarawak.
Hari pertama pada 4 April 2013 saya bertolak ke KL Sentral seawal jam 6 pagi, kerana mak bekerja dan suami pula kerja jam 8 pagi. Kalau saya bertolak lambat, siapa pula nak hantar saya ke KL Sentral kerana kawasan perumahan saya tu tiada pengangkutan awam. Jadi biar awal giler dari lambat.
Jam 7.20 pagi saya naik KLIA Ekspress. Sekitar jam 8 pagi sampai kat KLIA. Teruja sangat. Sebab pertama kali naik KLIA Ekspress, pertama kali masuk dalam KLIA dan pertama kali nak naik flight.
Sekitar jam 9.30 pagi saya check in dan menerima tiket penerbangan saya. Tempat duduk di tepi tingkap. Memang pilihan saya, kerana saya suka duduk di tepi tingkap. Boleh ambil gambar dan melayan kebesaran ciptaan Allah s.w.t kerana saya berada di awan ke tiga. Teruja sangat!
Sekitar jam 10.55 pagi kami berlepas. Lihatlah gambar dibawah. Amazing sangat.
Tiba di Kuching sekitar jam 12.45 tengahari macam tu. Kami disambut dengan tarian dan musik tradisional Sarawak. Mereka juga kalungkan rantai manik kepada kami semua. Selain itu sidang media juga turut diadakan di Kuching International Airport.
Untuk lebih perkongsian pengalaman bersama Malindo Air, anda boleh baca entry penuh di SINI.
Setelah selesai sidang media sekitar jam 2 petang, kami bersiap sedia untuk ke hotel. Riverside Majestic Hotel yang terletak di Jalan TAR, Kuching, Sarawak.
Ini adalah pemandu pelancong kami, iaitu Madam Rose dari Cat City Travel Agency. Sangat peramah dan suka buat lawak. Ada sahaja info yang ingin dikongsikan. Paling kelakar macam mana Kuching diangkat menjadi Ibu Negeri, dari mana asalnya nama Kuching? Hehehe.
Check in di Rverside Majestic Hotel sekitar jam 3 petang. Hotel ini memang best, sebab hotel lima bintang. Servis tip top lah kan..
Setibanya kami di hotel, kami diberi minuman serta towel sejuk, malah kami disambut dengan tarian tradisional Sarawak.
Inilah bilik saya. Weee.. Selesanya..
Saya ada buat "room inspection" dari Riverside Majestic Hotel, anda boleh baca entry penuh di SINI.
Setelah check in, mandi, tukar baju, bergolek-golek atas katil, charge bateri telefon pintar, charge bateri kamera DSLR. Jam 5 petang kami diminta berkumpul di lobi hotel untuk pergi ke Sarawak River Cruise yang hanya 1km dari hotel. Kami berjalan kaki beramai-ramai ke Jeti. Seronok juga. Hehehe.
Kami menikmati pakej Signature Dinner Sunset Cruise yang bernilai RM 69.90 sahaja.
Pakej Signature Dinner Sunset Cruise ini meliputi hi-tea, tarian tradisional dan makan malam. Untuk pakej ini, anda perlu check in jam 5.30 petang. Untuk entry penuh Signature Dinner Sunset Cruise anda boleh baca di SINI.
Selepas selesai naik Sarawak River Cruise, kami berjalan kaki pulang ke hotel. Banyak kedai souvenir di tepi sungai telah beroperasi. Tetapi di Sarawak kedai-kedai biasa akan tutup jam 6 petang. Jadi, elok sangat la bercuti macam ni. Semua tutup awal, boleh rilek dalam bilik. Hahaha.
Untuk hotel Riverside Majestic Hotel, pasaraya mereka tutup pada jam 10 malam. Sempat juga la shopping barang keperluan seperti air contact lens tu. Hehehe.
Okaylah Good Nite.
Nantikan cerita saya untuk bahagian ke dua ya..
xoxo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan