Jumaat, 28 Jun 2013

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Taib dan Ragad meriahkan sambutan Gawai <b>di Betong</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2013 04:32 PM PDT

Posted on June 3, 2013, Monday

SELAMAT HARI GAWAI: Taib bersalaman sambil bermesra dengan kanak-kanak yang menyambut ketibaannya.

BETONG: Lebih 2,000 masyarakat di sekitar Betong menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai 2013 Peringkat Bahagian Betong di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong, di sini semalam.

Majlis anjuran bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Perusaha-an Perladangan dan Komoditi Dato Sri Douglas Uggah Embas dan Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat Entering mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Kehadiran Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib menambahkan lagi keceriaan majlis itu.

Jabu berkata, sambutan perayaan ini amat bermakna dengan kehadiran Ketua Men-teri dan isteri yang berkesempatan hadir meraikan Hari Gawai bersama masyarakat di Betong.

Katanya kehadiran ramai masyarakat di Betong dan dari luar turut memberi gambaran bahawa perpaduan yang wujud sentiasa dikekalkan oleh penduduk berbilang kaum apabila mereka hadir meraikan perayaan yang disambut oleh kaum Dayak.

"Perpaduan ini merupakan satu lambang di mana Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum sentiasa  bersatu merai-kan sesuatu perayaan.

"Di samping itu, kita dapat memperkenalkan budaya kaum dan adat kunjung-me-ngunjung di Sarawak kepada masyarakat luar apabila sam-butan begini disambut ber-sama kaum-kaum lain.

"Kita juga dapat memper-kenalkan masakan di sini kepada pelancong asing dan masyarakat luar di mana kita perlu memelihara perpaduan dan bersatu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti bersama.

"Dengan kejayaan kita bersatu hati menyambut perayaan, kita dapat menarik pelancong untuk datang menyaksikan sambutan perayaan yang ada di sini," katanya.

"Begitupun, jamuan untuk sajian majlis ini disediakan oleh masyarakat Islam dari kawasan sekitar Kampung Melayu Betong, Spaoh dan Debak," ujarnya.

Sementara itu, Uggah turut kagum dan terharu dengan kehadiran Ketua Menteri dan isterinya yang datang mengenakan pakaian tradisional Iban.

"Kehadiran rakan pemimpin lain juga dapat mengeratkan silaturahim di kalangan kaum yang ada di Sarawak ini.

"Dengan kehadiran semua, kita dapat berjabat tangan dan memberi ucapan Selamat Hari Gawai kepada rakan-rakan dan rakyat yang ada di sini," tambahnya.

Bagi Robert pula, perpaduan kaum yang ada sentiasa dikekalkan dengan sambutan perayaan seumpama ini.

"Dalam pada itu, ia juga peluang untuk mengucapkan penghargaan kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berdiri teguh menyokong dan membantu semasa PRU13 lalu," katanya.

Menurutnya, ini memberi satu rangkaian persefahaman dalam menyatukan pelbagai kaum yang ada di Betong untuk turut bergabung tenaga membantu menjayakan majlis dan sambutan perayaan seperti ini.

Kemeriahan turut dirasai oleh rombongan seramai 28 orang jemputan dari Kalimantan, Indonesia yang merasai kemeriahan sambutan Hari Gawai di sini.

Bagi salah seorang peserta rombongan tersebut, Temenggung Kacamatan Empungan Adrian Mas Rawing, 62, ini merupakan satu penghormatan kepada mereka dijemput untuk datang ke Sarawak meraikan Gawai Dayak tahun ini.

"Berbeza dengan di sana, kami hanya meraikan Hari Gawai bersama penduduk kampung sahaja. Kami datang berkunjung sesama penduduk terdekat sahaja.

"Gawai di sana mengikut kemampuan dan disambut ala kadar.

"Di sini penuh meriah dan diadakan dalam dewan yang serba indah.

"Kami terharu dan benar-benar bertuah dapat meraikan Hari Gawai bersama masyarakat di Betong.

"Terdahulu, rombongan kami meraikan Hari Gawai bersama Jabu dan hari ini kami dimeriahkan dengan sambutan bersama penduduk di sini.

"Inilah pengalaman yang cukup berharga buat kami kerana di sana kami tidak dapat merasai nikmat bersama masyarakat lain menyambut perayaan seumpama ini," katanya.

Turut hadir Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, ADUN Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Residen Betong Datu Romie Sigan Daniel, ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads