ads

Ahad, 16 Jun 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di bau sarawak - Google Blog Search


Kampung Budaya Hakka akan dibangun <b>di Bau</b> | My Press

Posted: 02 Jun 2013 02:27 PM PDT

PROMOSI KEBUDAYAAN SARAWAK: Nansian menunjukkan reka bentuk bangunan Pusat Budaya yang terletak di Pusat REDEEMS, Kampung Apar Singai Bau pada sidang media di pejabatnya di Kuching, semalam.

Pembangunan sebagai tanda kedatangan komuniti Hakka pada tahun 1500 untuk aktiviti galian emas

KUCHING: Bau bakal mempunyai sebuah perkampu-ngan tradisional masyarakat Cina iaitu Kampung Budaya Hakka yang pertama dibangunkan di negeri ini.

Menteri Muda Khidmat Masyarakat Datuk Peter Nansian Ngusie berkata, untuk itu pertemuan dan perbincangan sedang dijalankan dengan masyarakat Cina di situ bagi menyediakan kertas cadangan.

"Kita masih menjalankan perancangan dan kajian me-nyeluruh mengenainya, jika tiada aral melintang, beberapa tahun lagi Bau akan mempunyai sebuah kawasan perkampungan tradisional masyarakat Hakka," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bandar Baharu Batu Kawa di sini, semalam.

Nansian yang juga Menteri Muda Pembangunan Estet Perindustrian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata, pembangunan perkampungan tradisional itu penting sebagai tanda kedatangan komuniti Hakka di Bau pada tahun 1500 untuk menjalankan aktiviti galian emas.

"Jika ia dapat direalisasikan, kita akan mempunyai sebuah kawasan khusus iaitu Kampung Budaya Hakka yang pertama kali dibina di luar dari negara China yang juga termasuk sebuah muzium perlombongan emas di sini.

"Buat masa ini, kita belum lagi menentukan tapaknya, tetapi ia mungkin akan terletak tidak jauh dari bandar Bau. Mungkin kita akan men-cadangkan kepada kerajaan untuk menentukan tapak yang sesuai," tambahnya.

Menurutnya, pembangunan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk me-nyumbang kepada pembangunan industri pelancongan di negeri ini.

Sementara itu, Nansian yang juga Presiden Research and Development Movement of Singai Sarawak (REDEEMS) berkata, Bau akan turut mempunyai Pusat Budaya di Pusat REDEEMS Kampung Apar Singai, Bau yang dijangka menelan kos RM8 juta.

"Reka bentuk bangunan baharu ini yang merupakan Pusat Budaya akan dibina dan kita telah menerima peruntukan sebanyak RM2 juta sebagai permulaan daripada kerajaan persekutuan," jelasnya.

Tambahnya, dengan ada-nya Pusat Budaya baharu itu, rakyat di negeri ini berpeluang menjalankan aktiviti kebudayaan di situ sekali gus menjadi tarikan pelancong di kawasan terbabit.

Selain itu, beliau memberitahu pihaknya sedang berusaha untuk mempro-mosikan industri pelancongan di kawasan Bau menerusi aktiviti utama dalam kalendar tahunan mereka.

"Pada masa ini, kita mempunyai tiga aktiviti utama dalam kalendar aktiviti tahunan kita iaitu Karnival Sukan dan Belia yang diadakan setiap Mac, Karnival Gawai REDEEMS (pengujung Jun dan awal Julai) dan awal minggu pertama bulan Disember Festival 'Praise and Worship Music' oleh masyarakat Kristian.

"Bermula tahun depan, kita akan menambah satu lagi aktiviti dalam kalendar tahunan kita iaitu pada bulan September di mana kita akan adakan festival makanan, muzik dan budaya etnik di Sarawak, justeru kita akan mempunyai empat aktiviti tahunan utama," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved