Sabtu, 18 Mei 2013

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di betong sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Apr 2013 07:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di betong sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 07:42 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Usaha pecah undi Parlimen <b>Betong</b> - The Borneo Post Online

Posted: 11 Apr 2013 06:15 PM PDT

Posted on April 12, 2013, Friday

KUCHING: Tajaan calon dijangka akan berlaku di kerusi Parlimen Betong bagi memecah undi di Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), pada 5 Mei depan.

Perkara ini dinyatakan oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Betong Noel Changgai Bucking ketika ditemui di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di sini semalam.

Noel yang tidak menolak kemungkinan itu berkata Barisan Nasional (BN) antara yang berpotensi untuk memasang individu di Betong termasuk Parti Pekerja Sarawak (SWP) dengan tujuan memecah undi.

"Pertandingan satu lawan satu tidak mungkin akan berlaku di Betong kerana saya yakin BN akan memasang individu di Parlimen ini.

"Bukan sahaja BN tetapi saya juga menjangkakan SWP akan berbuat yang sama meskipun mereka bertegas hanya akan bertanding di enam kerusi yang disandang oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS).

"Tidak dinafikan saya lebih suka pertandingan satu lawan satu tetapi ia tidak mungkin akan berlaku di Betong pada pilihan raya ini," katanya.

Dalam pada itu, Noel yang merupakan seorang ahli perniagaan dan anak tempatan Betong tidak menafikan pernah menyokong BN sebelum ini namun sokongan tersebut telah berubah 10 tahun lepas selepas hilang keyakinan terhadap BN.

Katanya meskipun kerajaan BN telah menyalurkan kemudahan asas seperti air dan bekalan elektrik ke kawasan Betong namun BN gagal dalam membawa pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan penduduk.

Sementara itu calon PKR Lubok Antu Nicholas Bawin yang ditemui di tempat yang sama semalam  berkata PKR mempunyai peluang yang baik di Lubok Antu pada PRU13 ini.

Katanya berdasarkan kepada sokongan yang diterima daripada penduduk dari hampir 300 rumah panjang di kawasan Parlimen ini PKR tidak berhadapan dengan masalah untuk meraih sokongan pengundi.

"Saya mempunyai strategi sendiri untuk mendapatkan sokongan rakyat dan pengundi yang mana pada saya adalah lebih berkesan berbanding pendekatan lain yang digunakan oleh pihak lawan.

"Apa yang saya lihat, angin politik telah bertukar arah di Lubok Antu dan saya yakin pengundi akan menerima PKR pada PRU13 ini," katanya.

Bawin, akan menentang calon SWP yang juga Presidennya Larry Sng serta calon BN-PRS William Nyalau Badak.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads