11 di sibu sarawak - Google Blog Search |
Malindo Air Akan Beroperasi <b>Di</b> Miri, Bintulu dan <b>Sibu Sarawak</b> <b>...</b> Posted: 05 Apr 2013 11:02 PM PDT Menurut Laporan Borneo Post yang saya baca hari ini, Malindo Air (Syarikat Penerbangan Kos Tambang Murah) Malaysia kini akan menjadikan Miri,Bintulu dan Sibu destinasi seterusnya di Sarawak yang akan dihubungkan dengan Kuala Lumpur. Rancangan mengembangkan penerbangan ke 3 lokasi baru di Sarawak ini akan dilancarkan pada Jun 2013 depan. Kini, syarikat penerbangan baharu yang ditubuhkan melalui kolaboratif Malaysia-Indonesia itu telah melakukan penerbangan empat kali sehari antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia beroperasi menggunakan kapal terbang baharu jenis Boeing 737-900ER. Berbeza daripada perkhidmatan pengangkutan udara lain, Malindo Air menyediakan pelbagai kemudahan serta produk penerbangan untuk keselesaan penumpang di mana penumpang boleh menikmati hiburan dalam penerbangan menerusi skrin persendirian di setiap tempat duduk. Malindo Air kini juga menawarkan promosi bagi penerbangan sehala antara Kuala Lumpur dan Kuching iaitu pada harga serendah RM78. LAMAN WEB RASMI MALINDO AIR Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from di sibu sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan