Tempat Menarik <b>Di Sarawak</b>@Kuching - Tempat Menarik <b>di</b> Malaysia Posted: 04 Jun 2012 05:35 AM PDT
Number of View: 34 Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan dan pesonanya yang tersendiri. Sekiranya ke Kuching Sarawak, jangan lupa berkunjung ke pasar malam Satok yang menjual pelbagai jenis barangan daripada pakaian, kain batik, permainan, cendera hati sehinggalah makanan. Pasar ini dibuka bermula pada petang Sabtu sehingga tengah hari Ahad. Di samping pasar tersebut, di Kuching, terdapat juga Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Di sana, dengan bayaran RM 3, pelawat boleh merasai pengalaman memberi makan orag utan dan melihat sendiri kehidupan semula jadi orang utan. Terdapat juga kampong budaya Sarawak yang unik dengan kebudayaan, kesenian, makanan dan tempat tinggal yang memberikan banyak kelainan khas untuk pengunjung. Andainya mahukan maklumat lanjut tentang tempat menarik Di Sarawak Kuching, sila ke laman berikut: 1) http://iyrin.blogspot.com/2011/08/tempat-tempat-menarik-di-kuching.html 2) http://bicaraneem.blogspot.com/2010/06/sarawakday2-pasar-malam-satok.html 3) http://suharman-jawi.blogspot.com/ Selain itu, banyak lagi Tempat Pelancongan menarik di Sarawak. Pengunjung yang ingin ke Sarawak tidak perlu gusar untuk mencari tempat pelancongan di Sarawak kerana semuanya menggamit pengunjung di sana. Borneo Highland Resort yang merupakan antara tempat istirehat menarik di Padawan mempunyai iklim sederhana sejuk dengan keindahan flora dan fauna yang eksotik. Kadar bayaran adalah RM70 untuk bersiar-siar di kawasan sekitar manakala bayaran RM500 dikenakan untuk penginapan. Pengunjung perlu menaiki kenderaan Khas untuk ke Borneo Highland Resort yang terletak kira-kira 7 km dari pintu masuk dengan keadaan jalan yang mendaki gunung. Manakala Titian Kanopi Gunung Mulu yang merupakan titian gantung hutan hujan kanopi terpanjang di dunia terletak di Taman Negara Mulu dengan anggaran panjang 480 meter dan 30 meter dari aras lantai hutan. Menariknya titian ini dibina oleh penduduk tempatan di Miri dan Mulu berbekalkan bantuan pakar pembinaan dan perhutanan. Jika ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan tempat pelancongan di Sarawak, sila layari laman berikut: 1) http://abangboyc.blogspot.com/2010/07/menarik-di-sarawak-bumi-kenyalang.html
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan