Rabu, 10 April 2013

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 01:51 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SARAWAK: 11 <b>di matu sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2012 01:45 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aiseyman!! Erti Kehidupan...: <b>Matu</b> Daerah Ku

Posted: 05 Jul 2012 08:47 AM PDT

Matu merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di Negeri Sarawak. Seperti daerah-daerah lain, Matu juga mempunyai sejarah dan latar belakangnya tersendiri. Lingkungan tahun 1930-an, Matu merupakan sebuah perkampungan kecil yang merangkumi Kampung Kuala Matu, Kampung Sekaan, Kampung Jamoreng dan Kampung Tian. Pertambahan bilangan penduduk di perkampungan kecil itu meningkat pada tahun 1940-an iaitu lebih kurang seramai 3,000 orang. Ketika itu, Matu ditadbir oleh Muara Rejang termasuklah Daerah Sarikei dan Daro. Dalam dialek tempatan, Matu disebut sebagai 'Matau' atau 'Mato' yang merujuk kepada nama pokok Matau yang banyak terdapat di Matu. Sebelum menjadi sebuah penempatan, kawasan Matu banyak ditumbuhi pokok-pokok tersebut dan akhirnya ia menjadi pencetus ilham penubuhan kawasan ini.
Setelah kerajaan kolonial British menjajah Sarawak pada tahun 1946, pentadbiran kawasan ini berpindah ke Daerah Sarikei. Ketika itu, Matu dikenali sebagai Daerah Matu-Daro iaitu gabungan Matu dan Daro yang membentuk sebuah daerah. Semasa pemerintahan British, daerah kecil ini mempunyai kira-kira 600 buah rumah, pejabat kerajaan, balai polis, klinik dan bangunan-bangunan kerajaan yang lain. Kesemua bangunan ini terletak berdekatan dengan tebing sungai. Tidak jauh dari kawasan pentadbiran, terdapat bazar yang menempatkan 20 buah rumah kedai dan sebuah banglo sebagai tempat penginapan pegawai British yang datang melawat Matu.
Setelah Sarawak menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, pada 2 April 1973, Matu telah diisytiharkan sebagai sebuah sub-daerah dan pentadbirannya berpusat di Daro. Lokasi Daerah Matu-Daro terletak sepanjang pesisir pantai Loba Paloh dan Batang Igan termasuk sebahagian besar Pulau Bruit. Daerah Matu-Daro mempunyai keluasan lebih kurang 2,000 kilometer persegi dan mencatatkan populasi seramai 17,000 orang. Majoriti penduduknya berbangsa Melanau dan selebihnya bangsa-bangsa lain seperti Cina, Melayu dan Iban. Daerah Matu-Daro di kelilingi hutan paya bakau dan keadaan ini sekali gus mempengaruhi muka buminya yang bertanah paya. Matu hanya diisytiharkan sebagai daerah penuh pada 5 Mei 1991 dengan kemasukan Igan sebagai sub-daerah Matu. Pentadbirannya diambil alih oleh Mukah setelah daerah ini di naik taraf sebagai sebuah kawasan baru di Negeri Sarawak pada 1 Mac 2002

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads