ads

Selasa, 9 April 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Bintang filem tiba <b>di Kuching</b> untuk AIFFA - The Borneo Post Online

Posted: 28 Mar 2013 11:18 AM PDT

Posted on March 29, 2013, Friday

KUCHING: Dengan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2013 bermula semalam, pengarah filem dan artis-artis terkenal dari seluruh dunia mula tiba di sini untuk menghadiri pesta filem yang diadakan buat pertama kalinya di Kuching.

Pelakon Bollywood Geeta Basra merupakan antara selebriti jemputan yang tiba, semalam.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, beliau yang pernah membintangi filem 'Dil Diya Hai' dan 'The Train' dibawa melawat Sarakraf Pavilion dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarakraf Pavilion Gerald Goh.

Di situ, Geeta berpeluang mempelajari tentang kraf tangan tradisional Sarawak seperti tenunan buluh selain menyaksikan beberapa demonstrasi kraf tangan seperti 'pua kumbu.'

Pada masa yang sama, pelakon berasal dari Mumbai itu juga tertarik dengan tenunan kain songket yang beliau berasakan serupa dengan pakaian tradisi India, sari.

AIFFA 2013 semalam bermula dengan tayangan 100 filem dari rantau Asia Tenggara dan juga antarabangsa selama 20 jam tanpa henti di Kampung Budaya Sarawak.

Sementara itu, hari kedua pesta filem yang berlangsung hari ini akan menyaksikan seminar dan pameran di Pullman Kuching di mana Gary Levinsohn, penerbit eksekutif untuk 'The Patriot', 'Saving Private Ryan', 'Snakes on a Plane' dan 'Jack Reacher' dijangka menyampaikan ceramah.

Acara kemuncak AIFFA 2013 pula akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Malam gala bertemakan 'Hitam dan Putih Borneo' itu dijangka akan dihadiri oleh bintang kelahiran Malaysia, pelakon Hollywood dan Hong Kong Datuk Michelle Yeoh dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved