Rabu, 27 Mac 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Perenang KASA melakar kejayaan cemerlang <b>di Sibu</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2013 08:19 AM PST

Posted on March 9, 2013, Saturday

SYABAS: Perenang KASA 2010 merakamkan kejayaan bersama-sama dengan Anthony Kong (kiri) setelah membawa pulang 24 emas, 34 perak dan 33 gangsa pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Sarawak kali ke-40 yang diadakan di Sibu pada minggu lepas.

SYABAS: Perenang KASA 2010 merakamkan kejayaan bersama-sama dengan Anthony Kong (kiri) setelah membawa pulang 24 emas, 34 perak dan 33 gangsa pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Sarawak kali ke-40 yang diadakan di Sibu pada minggu lepas.

KUCHING: Pasukan renang Persatuan Renang Ama­tur Kuching (KASA) 2010 melakar kejayaan cemerlang pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Sarawak kali ke-40 yang diadakan di Sibu pada minggu lepas.

Mereka berjaya membawa pulang 24 emas, 34 perak dan 33 gangsa.

Perenang KASA, Roy­don Ong paling mencuri tumpuan setelah memecah dua rekod lama, manakala Adrian Chua mencipta satu rekod baharu pada kejo­hanan selama tiga hari yang berlangsung di Kolam Re­nang Bukit Lima.

"Perenang Sukan Malay­sia (SUKMA) telah menun­jukkan keupayaan sebenar dan kita berjaya mengekalkan status selaku kuasa dalam sukan ini di Sarawak," jelas ketua jurulatih KASA 2010 Anthony Kong.

Beliau sangat gembira me­lihat perenang muda teru­tama dari Kumpulan C dan D menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam kategori antara bahagian.

Kong yang juga penasi­hat KASA berkata, prestasi pasukan yang diwakili oleh 42 perenang termasuk enam bagi kategori terbuka sangat memuaskan.

"Kategori terbuka bagi lelaki dan wanita merupakan acara baharu yang diperken­alkan oleh Persatuan Renang Amatur Sarawak pada kejo­hanan ini.

"Bagi saya, tujuan ini san­gat baik memandangkan had umur untuk menyertai SU­KMA adalah 21 tahun dan ia memberi peluang kepada mereka yang tamat persekola­han untuk terus bertanding," katanya.

Sementara itu, Roydon, 17, merangkul lima emas, tiga perak dan satu gangsa dalam kategori Remaja Lelaki A.

Beliau yang mewakili Sarawak pada Sukma XV ta­hun lepas berjaya memadam rekod Wong Ik Hui, 25, dari Persatuan Renang Amatur Sibu dalam acara 100m kuak kupu-kupu dengan masa ter­pantas 58.57s.

Rekod lama adalah 58.66s yang dicatat oleh Ik Hui pada tahun 1998.

Satu lagi rekod baharu Roy­don adalah dalam acara 100m gaya bebas dengan mencatat 54.06s, mengatasai rekod lama Daniel Bego (54.16s) yang dicipta pada 2005.

Beliau turut cemerlang dalam acara 50m gaya bebas, 50m kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas.

Adrian Chua Wei Kiat juga mempamerkan aksi bergaya dengan mengutip lapan emas dan empat perak dalam kate­gori Remaja Lelaki Kumpu­lan D.

Beliau berjaya memadam rekod Ling Yee Yeh pada 2006 dari Persatuan Renang Ama­tur Sibu dengan 01:04.95s.

Rekod terbaharunya adalah 01:04.32s yang dic­ipta menerusi acara 100m gaya bebas.

Penyumbang pingat emas lain ialah Zoe Tan (4) dan Cariane Chua (2).

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

250 atlet taekwondo berkampung <b>di Sibu</b> - The Borneo Post Online

Posted: 26 Feb 2013 04:07 PM PST

Posted on February 27, 2013, Wednesday

SIBU: Kira-kira 250 atlet taekwondo dari seluruh negeri akan berkumpul di sini untuk mengambil bahagian pada Kejohanan Taekwondo Senior dan Junior (MSNMilo- TM-WTF) di Dewan SMK Methodist Sibu pada 23 dan 24 Mac depan.

Pemenang pingat emas SUKMA Pahang, Tiong Hung Teng dan pemenang pingat gangsa, Low Kwong Yew antara peserta yang akan mengambil bahagian.

Acara tahunan itu merupakan anjuran Kelab Taekwondo Rajang Sibu (RTC) dengan dipersetujui Persatuan Taekwondo Sarawak (STA/WTF).

Setiausaha RTC, Thomas Tan berkata kejohanan itu dibahagikan kepada enam kategori termasuk lelaki dan wanita junior, bawah 13 tahun, bawah 10 tahun, bawah 17 tahun, bawah 14 tahun dan terbuka senior 18 tahun ke atas.

Kejohanan tersebut akan menjadi penanda aras bagi mengukur standard peserta yang akan disenarai pendek untuk mewakili negeri pada SUKMA tahun hadapan.

Selain itu, kejohanan tersebut dianjurkan bertujuan menggalakkan sukan mempertahankan diri di samping mengukuhkan Sarawak sebagai kuasa besar dalam sukan taekwondo "Melalui pertandingan ini, kami berharap dapat memberikan pendedahan kepada para peserta selain membangukan sukan berkenaan di negeri ini.

"Kejohanan itu juga landasan terbaik kepada para peserta mempertingkat kemahiran diri dalam sukan berkenaan, sekali gus membantu negeri menyertai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa," ujar beliau.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Koh dijangka merasmikan pembukaan kejohanan itu yang dijadualkan bermula pada jam 11 pagi pada 23 Mac depan.

Majlis penutupannya dijangka disempurnakan Lembaga Teknikal Taekwondo Malaysia, Dhanaray Rassiah pada jam 1.

30 petang pada keesokan harinya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads