ads

Khamis, 21 Mac 2013

11 di betong sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


majlis sukan sukan sekolah bahagian <b>betong</b> <b>...</b> - izz huznie idraqie

Posted: 09 Mar 2013 04:10 AM PST

Assalamulaikum,salam sejahtera dan salam 1Malaysia. how r u guys? alhamdulillah selesai kejohanan sukan padang dan balapan,Majlis Sukan Sukan Sekolah Bahagian Betong,Sawarak yang telah berlangsung pada 4-8March 2013 iaitu di Kompleks Sukan Betong,Sarawak.Dengan itu, selesai juga tanggungjawab yg telah diamanahkan sebagai Hakim Balapan. Satu pengalaman baru dalam dunia pendidikan ini.kawan kawan ,CIKGU bukan hanya didalam kelas pegang kapur atau marker pen menulis di papan hitam sahaja,cikgu work everywhere n everytime :) pengalaman sebgai hakim balapan ni menambahkan lagi ilmu untuk di praktikkan kejohanan sukan peringkat sekolah nanti.Tq PK KO yg mencalonkan cikgu husni sbg Hakim Balapan pada tahun ini.

Selesai majlis penutupan sesi bergambar bersama para atlet SMKBeladin
walaupun kami hanya kontijen kecil iaitu seramai 47atlet shj yang mewakili SMKB,kami sbg cikgu dan jurulatih berbangga dengan pencapaian anak anak didik SMKB.kami berjaya membawa pulang 2 Emas iaitu kedua duanya daripada acara merejam lembing katergori P14 dan L15.
bukan hanya emas di bawa pulang,atlet SMK Beladin iaitu Mohd Suhaili telah berjaya MEMECAH REKOD kejohanan merejam lembing L15.Tahniah dan syabas buat beliau. Tahniah juga buat Gloria dgn pingat emas kategori P14.
2 pingat Perak melalui acara track, 100m lari berpagar dan 400m lari berpagar P18,kedua dua pingat diperolehi oleh Mina Adam
6 pingat Gangsa diperolehi oleh 
Zulfikri, merejam lembing L13,
Mohd Nor Ain,merejam lembing L18,
dan selebihnya daripada acara balapan

primer,johny,roland christopher
Wisley (pemenang pingat gangsa 100m L15), me , syamsul ( final 4x400m L14)
Mohd Suhaili bersama PK KO En.Rosli b Uji,Ketua Jurulatih En.Fairul (baju biru),juru latih juru latih lain iaitu dari kiri berdiri: Cikgu Shirley,Cikgu Husni,Cikgu Deandra, Cikgu Azlan(jurulatih merejam lembing)
bersama atlet atlet yang menyumbangkan pingat kepada SMK BELADIN
duduk barisan hadapan: muslimin,ain,zul,suhaili,gloria,jenny,wisley dan fazhil
 Cikgu adie from SMK Saratok same university with me
 final day HAKIM BALAPAN
tq for a nice shirt to sponosred
 Hari kedua hakim balapan
 Bersama kuatert 4x400m L14. syamsul,primer,rashid n fazhil
adik beradik Dyg Nur Aslin and Dyg Mas Yasrani
 Final 100m lari berpagar p18 dan p14
 First day sebagai hakim balapan kejohanan
with them Ibanese boy,wisley,johny and jackson
 sweet gurl from zone saratok, she's Viviana
hopefully she will b a Malaysian athelete
berjaya mendapat pingat dalam bebrapa acara iaitu 100m,200m,4x100m,4x200m,80m lari berpagar kategori P12
tahniah buat si comel ini:)
 Fazhil atlet SMK Beladin yang baru berpindah dari sabah,beliau berjaya mendapat pingat gangsa dalam acara 200m L14 dan layak ke Final acara 4 x 400 m L14
Jenny pelari 400m P13 yang berjaya mendapat pingat Gangsa,Tahniah dan syabas,Jenny juga mendapat 4A dalam keputusan UPSR yg lepas.
semoga Jenny terus berjaya dalam semua bidang!!!
ok selesai sudah 5days 4night at Betong. Tahniah sekali lagi buat semua jurulatih dan semua atlet pada kejohanan sukan padang dan balapan
Majlis Sukan Sukan sekolah bahagian Betong edisi ke 10, 2013
semoga terus berjaya buat kontijen Sek.Men.Keb.Beladin pada kejohanan akan datang
majulah sukan untuk negara!
.......................................................................................

BLOG SARAWAK: 11 <b>di betong sarawak</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 07:57 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bintang <b>Betong</b> Idol 4 diketahui malam esok | my <b>Sarawak</b> - News <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2013 02:25 PM PDT

BETONG: Bintang Betong Idol 4 akan diketahui pada Sabtu ini (16 Mac 2013) apabila konsert akhir program pencarian bintang yang membariskan 10 finalis bagi merebut gelaran Betong Idol 4 yang akan berlangsung di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

Pertandingan yang bermula jam 7.30 malam akan membariskan lima finalis bagi kategori terbuka iaitu Idol Zahra, Idol Adam, Idol Shira, Idol Hajar dan Idol Azri.

Manakala lima finalis lagi adalah daripada kategori Iban iaitu Idol Abby, Idol Jessica, Idol Patricia, Idol Roy dan Idol Jackson.

Menurut Pengetua Betong Idol Philip Jabu, pihaknya berusaha menjadikan program realiti ini menjadi acara yang menunjukkan kesungguhan pelajarnya dalam merebut gelaran bintang.

"Atas sokongan peminat yang tidak pernah jemu untuk menyaksikan kejayaan program ini, kami akan menyediakan acara kemuncak secara besar-besaran dan kami menjanjikan sebuah acara yang gilang-gemilang bagi menghargai sokongan peminat selama ini," ujarnya.

Di samping itu, konsert akhir itu turut meriah dengan persembahan artis undangan iaitu Bob AF, Melisa Francis, Swaylin, Margret M. Jalang dan Philip sendiri.

Tambahnya, kesemua peserta yang terpilih ke pentas akhir akan menyanyikan lagu pilihan pengurusan Betong Idol dan idol sendiri atas persetujuan bersama kerana ia dipilih berdasarkan kesesuaian vokal dan keistimewaan masing-masing.

"Oleh itu, saya percaya peminat akan menilai sendiri perbezaan dan kesungguhan pihak pengurusan dalam penganjuran program ini," tambahnya.

Philip yang juga pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) BANKERS mengharapkan kerjasama daripada SABERKAS Layar, PBB Layar dan JASA P.204 Betong dalam penganjuran program yang kini telah masuk musim keempat.

Seterusnya beliau berharap ia mampu membuka peluang kepada pelajarnya bukan sekadar sebagai seorang penyanyi tetapi berjaya menjadi penghibur dan memajukan bidang seni muzik.

Beliau turut mengingatkan pelajar agar menjaga kesihatan diri dan latihan secukupnya bagi menghadapi saingan final nanti.

"Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Betong Dato Sri Douglas Uggah Embas dijangka hadir merasmi dan menyaksikan konsert akhir itu nanti.

"Datanglah beramai-ramai bagi menyaksikan siapa bakal dinobatkan sebagai Juara Betong Idol bagi musim keempat dan masuk adalah PERCUMA," jelasnya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved