Ahad, 17 Februari 2013

11 di sibu sarawak - Google Blog Search

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


pengagihan baucar br1m <b>di sibu</b>, <b>sarawak</b> - pengalaman adalah <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2013 08:08 AM PST

Kepada semua penduduk di Sibu Sarawak, pengagihan Baucar BR1M akan dimulakan pada 01 Februari 2013 (Jumaat) mulai jam 8.30 pagi.. Pengagihan tersebut bertempat di Dewan Tadika Lakis, Sibu (Bersebelahan dengan Masjid An-nur Sibu) Sila bawa bersama surat kelulusan dan kad pengenalan ketika mengambil baucar itu nanti.

UMNO Online - Keputusan <b>Di Sibu</b> Bukan Ukuran Sokongan Rakyat <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2010 11:11 PM PDT

Kategori Berita Pilihan

Keputusan Di Sibu Bukan Ukuran Sokongan Rakyat Sarawak

Oleh: AL KAMARUL ABD LATIF.

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, YB Fadillah Yusuf berkata keputusan pilihanraya kecil Parlimen Sibu baru-baru ini tidak boleh jadi ukuran petanda kononnya rakyat di negeri itu akan berubah sokongan kepada pakatan pembangkang.

Tegasnya pada pilihanraya negeri akan datang rakyat sudah pasti membuat penilaian yang lebih menyeluruh parti mana yang benar-benar boleh membawa pembelaan, pembangunan dan kemajuan kepada mereka.

"Keputusan di Sibu bukan satu ukuran tahap sokongan rakyat. Kalau itu mahu dijadikan ukuran apa jadi dengan keputusan di Parlimen Batang Ai. Mereka (pembangkang) letakkan calon yang sudah lima penggal menang di kawasan tersebut tapi kalah.

"Jadi kita yakin pada pilihanraya negeri akan datang yang jadi pertimbangan sebenar pengundi adalah penilaian terhadap parti mana yang boleh dan terbukti memberi jasa kepada mereka bukan sekadar cakap-cakap politik", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Mengenai tindakan pembangkang yang dikatakan pada dasarnya bersetuju membentuk pakatan bagi memastikan satu lawan satu ketika menentang Barisan Nasional (BN), beliau yang juga Pengerusi Pemuda BN Sarawak berkata itu bukan satu masalah yang perlu difikirkan.

Katanya apa yang penting BN menggerakkan jentera secara bersepadu di bawah satu lambang dan terus berkempen secara pro aktif mendekati pengundi.

"Biarlah mereka nak buat pakatan ke, nak berlakon ke…itu masalah mereka. Kita pun tak tahu dia berpakat nak pakai lambang apa…nak pakai bulan ke atau roket atau mata sepet.

"BN dan jenteranya akan bertanding atas satu lambang dacing. Lambang yang selama ini telah terbukti membawa kemakmuran, kemajuan dan pembelaan kepada rakyat Sarawak", ujarnya. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 20 July 2010 2:11 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads