ads

Selasa, 12 Februari 2013

11 di serian sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di serian sarawak - Google Blog Search


Komited terangi luar bandar | my <b>Sarawak</b> - News coverage around <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 09:01 AM PST

S'wak akan capai sasaran 95 peratus liputan bekalan elektrik NKRA: Awang Tengah

SERIAN: Kontrak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ne-gara (NKRA) bagi Sarawak akan dapat dilaksanakan sepenuhnya tidak lama lagi, antaranya mencapai sasaran 95 peratus liputan bekalan elektrik di luar bandar.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sambil menambah, ia membabitkan peruntukan hampir RM60 juta.

"Semua kontrak termasuk yang masih menunggu sejak 2009 hingga 2012/2013 akan dapat dimuktamadkan tidak lama lagi.

"Ini menunjukkan kerajaan komited dalam membawa kemajuan dan pembangunan kepada rakyat terutamanya di luar bandar," katanya pada Majlis Pelancaran Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Kampung Baki Tanjung, Seruit, Soh dan Palah Batu 29 Jalan Kuching-Serian serta Tuapekong Jalan Palah Batu 29, Samarahan di Kampung Seruit di sini, semalam.

Projek BELB tersebut merupakan fasa kedua yang membabitkan sebanyak 101 buah rumah bagi pemohon baharu.

Awang Tengah yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, ia juga sebaha- gian daripada kontrak di bawah NKRA.

Katanya, projek tersebut me-nelan kos hampir RM2.9 juta dan dijangka siap menjelang bulan Jun.

Tambah beliau, pelaksanaan projek itu adalah sejajar dengan sa-saran mencapai 95 peratus populasi luar bandar mendapat bekalan elektrik.

Justeru, beliau menyeru penduduk luar bandar khasnya yang terlibat dalam projek itu agar memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik.

"Untuk pelaksanaan BELB, ia memerlukan kerjasama penuh daripada orang kampung sebab ia memerlukan laluan tiang.

"Jadi, ini memerlukan sedikit pengorbanan oleh penduduk kampung iaitu dalam pemberian tanah kerana ia juga adalah untuk manfaat penduduk sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Awang Tengah menegaskan kerajaan juga akan te-rus komited dalam memperluaskan liputan bekalan elektrik luar bandar di negeri ini terutamanya bagi kawasan pedalaman, walaupun ia menelan kos yang tinggi.

"Tidak dinafikan, ada projek yang menelan kos lebih RM100,000 untuk menyambung bekalan elek-trik ke hanya sebuah rumah di pedalaman.

"Tetapi, kerajaan komited kerana mahu memberikan perubahan yang baik kepada rakyat," kata-nya.

Turut hadir ialah Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk Stephen Rundi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato Sri Mohammad Ali Mahmud, Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam Ubaidillah Abdul Latif dan Residen Sama-rahan Ismail Hanis.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved