ads

Rabu, 20 Februari 2013

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


5 juta RELA menjelang 2020 | my <b>Sarawak</b> - News coverage around <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 04:34 PM PST

RELA: Pegawai RELA memberi tabik hormat kepada Dawos (tiga kanan) ketika penyerahan pakaian seragam, sijil dan kad keahlian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina RELA Bersama Pemimpin di Dewan Masyarakat Tapah, Padawan malam kelmarin. Turut kelihatan Mustafa (empat kanan).

RELA: Pegawai RELA memberi tabik hormat kepada Dawos (tiga kanan) ketika penyerahan pakaian seragam, sijil dan kad keahlian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina RELA Bersama Pemimpin di Dewan Masyarakat Tapah, Padawan malam kelmarin. Turut kelihatan Mustafa (empat kanan).

KUCHING: Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) menetapkan sasaran peningkatan kepada lima juta keahlian menjelang 2020.

Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Mejar Jeneral Kehormat RELA Datuk James Dawos Mamit berkata ia bagi menggalakkan le-bih ramai golongan muda berusia 18 tahun ke atas menganggotai RELA.

Tambahnya sebelum ini pertemuan beliau bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengejutkan setelah diberitahu bahawa indeks jenayah negara naik berikutan ramai golongan belia yang menganggur terjebak dalam jenayah.

"RELA memang berhasrat menarik ramai anak-anak muda, apatah lagi mereka baharu sahaja keluar daripada alam sekolah menengah dan seterusnya sebelum meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi, mereka ini yang menjadi sasaran kita.

"Saya telah berbincang dengan pihak PDRM mengenai jenayah di negara kita, saya terperanjat kerana jenayah ragut, curi dan merom-pak lebih ramai melibatkan anak muda kita.

"Justeru, bagi pihak RELA saya menyarankan agar tumpu perhatian kepada anak muda kita dan galakkan mereka menyertai RELA untuk menghindari mereka daripada terjebak dalam jenayah seperti meragut, merompak dan merempit," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina RELA Bersama Pemimpin di Dewan Masyarakat Tapah, Padawan malam kelmarin.

Dawos turut menggesa ibu bapa menggalakkan anak mereka yang telah tamat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi agar mengambil sebarang peluang pekerjaan yang ada dan secara berperingkat-peringkat menambah limu bagi memajukan diri masiing-masing.

"Walaupun sudah berkahwin dan mencapai usia 30 tahun, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak menambah ilmu pengetahuan masing-masing.

"Masih banyak peluang bersekolah dan akhirnya mendapat pekerjaan yang baik terutama sekolah-sekolah vokasional yang banyak dibina nanti," jelasnya.

Setakat ini penyertaan golongan belia terdiri daripada 900,000 anggota daripada 3.1 juta keanggotaan RELA di seluruh negara.

Beliau turut berharap terdapat penambahan bajet daripada RM410 juta tahun ini pada tahun-tahun mendatang.

Pada majlis itu anggota-anggota RELA dari daerah Serian, Bau dan Padawan disatukan dalam satu majlis yang turut dihadiri Ketua Pengarah RELA Datuk Mustafa Ibrahim.

Anggota RELA turut diberikan pakaian seragam, sijil dan kad keahlian selain menyertai sesi pelbagai aktiviti anjuran RELA.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved