ads

Khamis, 21 Februari 2013

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di mukah sarawak - Google Blog Search


gold star dari <b>mukah sarawak</b> - GIFFARINE

Posted: 31 Oct 2012 11:54 PM PDT

Salam Sejahtera !!!

Agak lama saya tidak menulis disini dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua kisah seorang insan yang mempunyai jiwa yang cekal telah berjaya mencapai pangkat Gold Star bersama Giffarine.

Insan yang dimaksudkan ialah Puan Semaiah Ahmat atau dikenali dengan Pn Mai. Beliau seorang guru yang  dedikasi di sekolah dan mula mengenali Giffarine melalui FaceBook melalui En Mohd Ezani yang menetap di Muar Johor. Pn Mai tinggal di Mukah Sarawak dan jika perjalanan dengan kereta ke Kuching mengambil masa sekitar 10 jam perjalanan.

Beliau bermula dengan mencuba produk Giffarine termasuk Jus Delima dan setelah berpuas hati beliau mula memperkenalkan produk ini kepada rakan-rakan. Sebelum ini beliau ada juga meniaga kecil-kecilan produk2 kosmetik dan kecantikan.

Pada bulan Oktober lepas , beliau mula memberikan perhatian kepada Giffarine dan hampir setiap hari ada sahaja orang membuat order terhadap produk Giffaarine. Anda bayangkan , di Mukah tidak ada Centre dan di Sarawak sendiri pun Centre Giffarine masih belum dibuka dan bakal di buka November ini. Jika di pikir-pikir bagaimana nak dapatkan produk..

Teknologi membantu beliau dalam berurusan bersama upline beliau En Ezani dan saya. Kami sering berbincang melalui ruangan chating di FB. Akhirnya setelah beliau menyatakan hasrat untuk menjadi mobile stokis di tempat beliau bagi memudahkan pelanggannya mengambil produk , beliau telah berusaha untuk membuat jualan sebanyak 4500 PV pada bulan ini.

Tidak pernah ada rungutan atau alasan yang selalu saya DENGAR dari orang yang terdekat saya .. Kata susah la che din centre jauh , padahal tak jauh mana pun , susah la che din tak sempat sedangkan Pn Mai juga punyai masa 24 jam dan seorang yang mempunyai kerjaya … Banyak sangat alasannya… Sedangkan Pn Mai orang yang jauh , tak kenal dan tak pernah jumpa pun dengan upline2 beliau hanya berpandukan facebook , namun beliau telah buktikan bahawa semua itu bukan halangan tetapi PELUANG UNTUK BELIAU membawa masuk lebih banyak produk Giffarine ke tempat beliau.

Itulah bila Mentaliti orang meniaga dia pasti akan berusaha sedaya boleh untuk mencapai sasaran …Anda bayangkan , saya di Penang , beliau di Sarawak dan beliau bank in duit beribu2 kepada saya atau kadangkala kepada upline beliau. Atas dasar saling PERCAYA , MEMPERCAYAI semua bisnes berjalan dengan lancar. Kini Pn Mai telah mencapai satu peringkat status GOLD STAR bersama Giffarine. Sudah pasti pengalaman ini akan digunakan untuk melahirkan lebih  ramai GOLD STAR dibawah rangkaian beliau….

RAMAI orang KAYA ALASAN berbanding TINDAKAN. Cakap pandai tetapi tindakan tidak ada. Jika begitu jangan sebut tentang nak berjaya , nak bisnes dan nak kaya.  PEMINTA SEDEKAH PUN jika tidak BERTINDAK mereka tidak akan dapat hasilnya ….

Ini adalah antara LIST ORDER yang di hantar oleh Pn Mai kepada saya…

Untuk BERJAYA , jangan KAYAKAN ALASAN tetapi KAYAKAN TINDAKAN ….

Selamat Berjaya ….

Social Share Toolbar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved