11 di miri sarawak - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: Anwar Ibrahim berpeluh <b>di Sarawak</b> Posted: 11 Feb 2013 06:16 PM PST Tatkala Najib mencatat sejarah buruk dalam kariernya sebagai Perdana Menteri apabila ditolak secara terang-terang oleh rakyat Pulau Pinang semasa konsert PSY, Anwar pula terus mencipta kegemilangan peribadi di Sarawak apabila kunjungan beliau di sana dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Kedatangan beliau di Beluru, Bakong disambut ribuan penyokong dengan pelbagai sepanduk. Antara rintihan yang paling memilukan adalah sepanduk 'Majukan Baram' yang mana jelas sekali menunjukkan masyarakat Baram tertindas sehingga sekarang. Kemajuan jauh panggang dari api. Ini kalilah!!!! Disambut meriah sebaik tiba di lapangan terbang Miri, Sarawak tengah hari semalam. |
Anwar Lelong Kalimah Allah <b>di Miri</b> | AIDC Posted: 11 Feb 2013 10:05 PM PST keadilanxsarawak – Amat jelas Anwar seorang desperado yang gila kuasa. Demi Putra Jaya Anwar sanggup lakukan apa saja. Amalan politik Machiavelly yang menjadikan matlamat menghalalkan cara sudah menjadi darah dagingnya. Di Miri petang ini, Anwar sekali lagi sanggup menggadai keamanan negara dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama dengan menjual Perkasa dan kalimah Allah untuk menghasut rakyat agar menentang BN. Anwar sengaja menggunakan dua isu tersebut kerana dia tahu di Sarawak terdapat 42.6 peratus rakyatnya bergama Kristian berbanding 32.2 peratus Islam. Anwar juga tahu di Parlimen Miri, terdapat 59 peratus pengundinya adalah Cina dan 23.6 peratus adalah Dayak. Bagaimana pun, rakyat Sarawak dan khasnya penduduk Miri yang selama ini hidup aman damai bersatu padu tanpa mengira latar belakang agama dan kaum tidak akan termakan dengan hasutannya. Perkara ini terbukti dengan kehadiran yang kecil iaitu hanya sekitar 1,500 orang di perhimpunan pakatan rakyat di perkarangan Klinik Dr Teo, Pengerusi PKR Miri petang tadi. Itu pun kebanyakannya datang dari luar kawasan Miri. Malah, Anwar pasti bertambah sasau apabila mengetahui ramai pemimpin prominent PKR Sarawak tidak lagi 'menunjukkan muka' mereka seperti selalu. Mengapa? |
You are subscribed to email updates from di miri sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan