ads

Rabu, 27 Februari 2013

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Jangan berjinak-jinak dengan SWP, gesa Nyalau | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 04:01 PM PST

MRP: Nyalau (tengah) menyampaikan geran MRP kepada Guru Besar Sebangki Arifahamalina @ Adeline Abdullah sambil disaksi Mussen (tiga kanan) dan Dr Rayong (empat kiri) di Lubok Antu.

MRP: Nyalau (tengah) menyampaikan geran MRP kepada Guru Besar Sebangki Arifahamalina @ Adeline Abdullah sambil disaksi Mussen (tiga kanan) dan Dr Rayong (empat kiri) di Lubok Antu.

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak mengingatkan rakyat di Lubok Antu terutama tuai-tuai rumah agar jangan berjinak-jinak dengan Parti Pekerja Sarawak (SWP) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang diadakan tidak lama lagi.

"Saya mengingatkan kepada rakyat di sini agar jangan cuba hendak menghampiri SWP kerana ia sebuah parti yang tidak mampu membela nasib rakyat kerana perjuangan mereka untuk kepentingan peribadi keluarga Sng sahaja," katanya pada Majlis Perasmian Program Rakan Alam Sekitar (RAS) Peringkat Parlimen Lubok Antu, di Rumah Jubang, Sebangki Panjai, Lubok Antu, di sini.

Pada majlis itu, Nyalau mengumumkan peruntukan sejumlah RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sebangki dan RM5,000 kepada Biro Wanitanya.

Di samping itu, Nyalayu turut menyampaikan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) dan empat Komputer Riba 1Malaysia (KR1M) kepada empat sekolah rendah di daerah Lubok Antu.

Seramai 5,000 penduduk daripada 62 rumah panjang Parlimen Lubok Antu hadir pada majlis itu.

Selain itu, Nyalau juga mahu rakyat tahu bahawa BN akan terus menunaikan janji kepada rakyat sekiranya berjaya memegang kembali tampuk pemerintahan kerajaan pada PRU13 nanti.

"Saya mengajak semua lapisan rakyat untuk bersatu menyokong kerajaan agar permintaan mereka ditunaikan untuk penggal seterusnya," katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Batang Ai Malcom Mussen Lamoh, Penolong Kontroler Kualiti Alam Sekitar (NREB) Sarawak Jiram Sidu, Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman dan Pegawai Penerangan JASA Parlimen Lubok Antu Geoffery Baja Ricky Maba dan ketua-ketua masyarakat sekitar Lubok Antu.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved