Difahamkan orang Lun Bawang dari kaum dayak ini ingin membuat pembalasan terhadap pembunuh Mendiang Edwin yang dikhabarkan orang Islam. Maka terjadilah kekecohan di bandar Lawas.Aku amat berharap tragedi ini tidak mencetuskan samada ketegangan kaum ataupun agama. Syukurlah pihak polis setakat ini masih mampu mengawal ketegangan yang berlaku.
Yang bersalah tu tetap akan di hukum dengan hukuman yang setimpal. Jangan kita buat hukuman sendiri. Kita selama di malaysia dapat hidup berbilang kaum dan agama dengan aman sekali. Janganlah sesekali hancurkannya hanya kerana satu kes yang terpencil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan