11 di betong sarawak - Google Blog Search |
SVTB1M bukti kerajaan tidak abai kebajikan pesara <b>...</b> - my <b>Sarawak</b> Posted: 11 Feb 2013 03:59 PM PST BETONG: Seramai 396 pesara tentera tidak berpencen bagi kawasan Sri Aman dan Betong menerima Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) berjumlah RM1,000 setiap seorang, di sini Sabtu lalu. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas menyampaikan sumbangan tersebut di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Bahagian Betong di sini. Menurut Uggah, sumbangan itu bagi menghargai pengorbanan dan jasa bekas tentera yang tidak berpencen dan bersara awal sebelum tempoh perkhidmatan menetapkan untuk pemberian pencen. "Pemberian ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013 Oktober tahun lalu di mana veteren tentera yang tidak berpencen layak diberi sumbangan tersebut. "Walaupun golongan berkenaan hanya berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kurang 21 tahun dan tidak melayakkan mereka menerima pencen, namun kerajaan tetap menghargai jasa dan pengorbanan mereka," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan tentera kerana mereka telah banyak memberi sumbangan dan berkorban mempertahankan tanah air. Tambahnya, apa sahaja keamanan yang dikecapi hari ini adalah atas jasa dan perjuangan yang telah dibuktikan oleh golongan terbabit dalam mencurah bakti dan keringat malah sanggup bertarung nyawa demi keagungan negara. "Kerajaan atas dasar keperihatinan dan percaya akan kemampuan untuk memberikan sumbangan yang selayaknya untuk veteran tentera seperti mana yang kita berikan pada hari ini. "Sumbangan dengan jumlah keseluruhan berjumlah hampir RM3 juta ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan semua rakyat negara ini. "Oleh itu, amat wajar kita memikirkan bagaimana setelah negara ini bertambah maju hasil daripada pentadbiran kerajaan BN yang cekap dan kejayaan kita mengurus tadbir dengan baik sehingga Malaysia berada pada tahap seperti hari ini," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Veteran Tentera Tidak Berpencen di sini Sabtu lalu. Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak Leftenan Kolonel Monday Juhid, Timbalan Residen Bahagian Betong Dr Anthony Valentine Laiseh, Pegawai Daerah Betong Friday Belik, ketua-ketua jabatan kerajaan, masyarakat serta para penerima. Category: Berita Tempatan, Sarawak |
You are subscribed to email updates from di betong sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan