Selasa, 19 Februari 2013

11 di bau sarawak - Google Blog Search

11 di bau sarawak - Google Blog Search


PKR lebih layak <b>di</b> Mas Gading dari DAP: John | my <b>Sarawak</b> - News <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 01:17 PM PST

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih layak meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Parlimen Mas Gading berbanding Parti Tindakan Demokratik (DAP) bersandarkan dua faktor.

Naib Presiden PKR Datuk John Tenewi berkata, Mas Gading merupakan kawasan majoriti Bidayuh dan PKR mempunyai sokongan kuat daripada kaum itu.

Faktor kedua, katanya, PKR mempunyai lebih besar peluang untuk menang berbanding DAP memandangkan 75 peratus pengundi terdiri daripada kaum Bidayuh.

Menurutnya, PKR telah lama bertapak di Mas Gading, disebabkan itu mereka lebih stabil kedudukannya.

"PKR telah wujud di Mas Gading sejak 2008 dan beroperasi penuh dengan adanya pusat khidmat parti di Bau untuk membantu rakyat," katanya di sini, semalam.

Justeru, DAP yang dikatakan akan mempertaruhkan calonnya, Mordi Bimol, wajar memberi laluan kepada PKR dan seterusnya membantu mereka menang kerusi tersebut.

John berkata lagi, DAP mungkin boleh bertanding di kerusi tersebut jika bertukar kerusi dengan Parlimen Bandar Kuching atau Stampin.

"Kita boleh melepaskan Mas Gading tetapi berikan Bandar Kuching atau Stampin dengan syarat calonnya berketurunan Bidayuh," katanya.

Mengenai kemungkinan PRU13 akan menyaksikan pertembungan antara PKR dan DAP merebut mana-mana kerusi, John berkata ia tidak mungkin berlaku.

"Tidak. Ia tidak akan berlaku kerana kali ini kita mahu menyaksikan pertandingan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Apapun kelak kita akan saling membantu untuk menang," katanya.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads