ads

Selasa, 15 Januari 2013

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Kadar jenayah <b>di Lubok Antu</b> menurun: DSP James – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 02:51 PM PST

Posted on January 15, 2013, Tuesday

LUBOK ANTU: Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP James Johnathan memberitahu bahawa daerah Lubok Antu menunjukkan perkembangan yang baik dalam penurunan kadar kes jenayah tahun lalu.

Katanya ini terbukti apabila kadar indeks jenayah di kawasan Lubok Antu menurun sebanyak 4.54 peratus iaitu 21 kes bagi tahun 2012 berban-ding 22 kes pada 2011.

Beliau berkata pihaknya mendapati kebanyakan kes jenayah di kawasan terbabit pada tahun lalu adalah meliputi kegiatan pecah rumah iaitu sembilan kes manakala kes kecurian enam kes.

"Kami akan memberi tumpuan kepada kes pecah rumah dan curi bagi memasti-kan kawasan Lubok Antu selamat didiami masyarakat," katanya pada Perhimpunan Bulanan Pasukan Polis Diraja Malaysia yang pertama pada 2013 di Padang Kawat IPD Lubok Antu, di sini.

Menurut James, sebanyak empat kes kemalangan maut yang melibatkan lima kematian dicatatkan berlaku di kawasan Lubok Antu tahun lalu berbanding lima kes kemala-ngan maut yang melibatkan 15 kematian pada 2011.

Secara keseluruhannya, se-jumlah 114  kes kemalangan pada tahun lalu berbanding 120 kes pada 2011 yang kebanyakannya berlaku di kawasan Jelukong, Sedarat, Engkilili.

"Justeru, saya menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, tidak memandu terlalu laju dan tidak memotong di kawasan selekoh atau garis berkembar demi mengelak kemalangan maut," katanya.

James turut memohon kerja-sama daripada semua warga Lubok Antu terutama di pekan Lubok Antu agar sentiasa mengunci premis kediaman masing-masing.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved