ads

Khamis, 31 Januari 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


TARIKAN <b>DI</b> MUZIUM <b>KUCHING</b>, <b>SARAWAK</b> | MummyNemo

Posted: 23 Jan 2013 06:00 PM PST

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

muzium kuchingPelbagai versi cerita yang didengar me­ngenai asal usul nama Bandaraya Kuching, Sarawak. Yang popular dan dianggap logik iaitu 'cochin' berasal dari perkataan India bermaksud pelabuhan. Ia bersesuaian dengan fungsi bandar itu sebagai pusat pelabuhan terkenal dikalangan pedagang-pedagang India satu ketika dulu.

Apapun cerita asal-usulnya, ia tidak berkait langsung dengan nama haiwan iaitu kucing seperti tanggapan kebanyakan orang.

Kebetulan sebutannya hampir sama, justeru, kerajaan negeri Sarawak mengambil peluang menjadikan kucing sebagai ikon bandar raya.

Berkunjung ke bandar raya Kuching, pelbagai patung dan replika kucing di bina bagi menarik ramai pelancong untuk berkunjung ke situ.

Lebih menarik, sebuah muzium turut dibina di sini bagi menghimpunkan segala jenis bahan dan pameran berkaitan kucing.

Bukan itu saja, maklumat berkaitan haiwan jinak itu turut disediakan dan apa saja yang mempunyai perkataan kucing dipamerkan.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Ia bersesuaian dengan matlamat utama penubuhan muzium itu pada 6 November 1993 iaitu sebagai tempat untuk penyelidik dan pencinta kucing membuat penyelidikan me­ngenainya dari segi sejarah, sosial dan legenda dalam pembudayaan manusia yang ada hubungannya dengan persahabatan sejagat.

Pepatah dan makna 'kucing bertanduk' dan 'malu-malu kucing' juga dijadikan salah satu koleksi muzium itu. Yang lebih lucu aksi model-model jelita melakukan 'catwalk' atas pentas peragaan turut dipamerkan dan patung pencuri yang digelar 'cat bugglar' juga mencuri perhatian.

Di muzium ini, pengunjung tidak akan berjumpa dengan seekor pun kucing hidup kerana semuanya cuma patung, ilustrasi dan maklumat bertulis saja yang ada.

Biarpun begitu, ia tetap memberi banyak maklumat dan pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama.

Selain pameran, gerai-gerai cenderamata turut disediakan bagi kemudahan pelawat membeli ole-ole buatan Sarawak.

Muzium yang dicetuskan idea pembinaannya oleh Ketua Menteri Sarawak ini terletak di tingkat bawah bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di atas puncak Bukit Siol.

Kedudukan bangunan di puncak ini juga memberi peluang pengunjung menikmati pemandangan sekitar bandar raya Kuching.

Tiada caj dikenakan untuk melawatnya kecuali bagi yang membawa kamera dikenakan bayaran RM3 dan kamera video RM5.

Justeru, sekiranya mengunjungi Bandaraya Kuching, pastikan lawatan ke Muzium Kucing ini dimasukkan sebagai agenda percutian anda.

Incoming search terms:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved