ads

Jumaat, 25 Januari 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Pengalaman bercuti <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> - Day 3 | ! nama saya nadia !

Posted: 22 Jan 2013 08:00 AM PST

aku pegi kuching tak lame pun. 3 hari 2 malam je. sebab tu jadual padat gile sebab kitorang nak try jelajah sebanyak mungkin. kalau ikutkan, banyakkkkk lagi tempat menarik dekat kuching yang kitorang tak sempat pergi contohnya tempat orang utan dekat semengoh wildlife la, tempat buaya la, annah rais longhouse la, kayaking la, naik river cruise la, pegi tempat bunga refflesia la, heyy banyakk lagi laaa kalau nak list satu-satu. sebelum kaw pergi, kaw kena set dalam kepala, kuching ni tempat pencinta alam semula jadi, tempat pencinta sejarah. :p kalau kaw set nak gi shopping seheaven bandung, memangg takkkkk la. salah tempat babe salah tempat. kehkehkeh. kuching ni setakat nak shopping kek lapis dengan ikan terubok boleh la. aku pegi sini kan terus rasa macam very the mak mak. mau tak, datang bercuti beli ikan masin. kahkahkah. tapi laki aku suka tempat macam ni sebab dia kata tenangggg. choii kann. :p HAHA.



veryyy the penat kan muka laki aku. ni muka bangun pagi hari ketiga. penattt babe. penatttt. penat berjalan dah satu hal. kaw ingat buat anak main petik je? T___T cer kaw kawen baru kaw tau macam mana kerasnya usaha nak dapatkan anak. #pitammm (x___x). tapi dapat tak tu urusan Dia babe. kaw sape nak mempersoalkan. selagi aku boleh bekerja keras, opkosssss aku akan hadapppp hari-hari kennn. kohkohkoh. heyy mengucap panjang mak aku baca esok. lucahhh anak aku lucahhh. kahkahkah.


hari ketiga kitorang dekat sana, tak pergi mana-mana pon. kalau ikutkan, sempatt je nak berjalan sekejap sebab flight kitorang pukul 3.05 petang. tune hotel standard check out dia pukul 11 pagi. oleh disebabkan kitorang dah bayar shuttle hotel untuk hantar ke airport, nak tak nak, memang kitorang kena stayyy je dekat hotel tu. nasib baik tune hotel ni tempat dia strategik gile. berjalan dua tiga langkah sampai kedai makan. siap makan, berjalan dua tiga langkah lagi dah sampai parkson. beli barang seketul dua. ngam pukul 12.30 terus gerak pegi airport. sampai airport dalam pukul 1 lebih, terus check in luggage. settle. 



kalau kaw tanya aku, mana best, kuching ke bandung? jiwa aku dekat bandung. :p tapi kalau kaw tanya laki aku mana best, konpemmm dia jawab kuching. percayalah. :)) 

sampai-sampai dekat airport, amek skybas ke kl central sebab masa pegi hari tu dah beli tiket skybus pegi balik kan. sampai dekat kl central, kitorang amek teksi je balik rumah. listen listen listen. :P ni palingggg penting. aku nak bagitau korang 1 petua berdasarkan pengalaman aku. aku geram betulll dengan teksi malaysia ni. dia ada meter, tapi dia tak nak guna meter. dia letak harga sesuka hati berdasarkan dia tengok kaw kalut nak balik tahap berapa. lagi kaw kalut nak balik, lagi mahal dia caj. masa pegi hari tu, dari rumah ke kl central, aku call public cab mintak teksi. dorang caj RM15 je sebab dorang kena ikut meter kan. tapii time balik, tak call public cab sebab kitorang pikir mesti banyak teksi dekat situ kan. lagipun baru pukul 5 lebih, mesti berlambak. tahan teksi depan kl sentral, dia tanya nak pegi mana then terus letak harga RM32. siap cakap nanti kalau nak tunggu teksi lain mesti lagi lambat balik. haaa, kaw nampak tak macam mana dorang memaksa dalam terpaksa? tak leh lari babe, bila badan dah penat sehari suntuk, kaw letak la harga berapa, aku redhooooo sebab kepala otak nak balik nak balik nak balik. sampai rumah baru eh ehh, geramnya. 

kesimpulannya, kalaw kaw nak naik teksi, better kaw call je public cab suruh datang pick up mana-mana. dorang memang 24 jam bekerja. telefon nombor ni 03-6259 2020. ni untuk area kl and selangor la. luar kl aku tak pasti. tak pun kalau kaw lagi advance, kaw boleh book online je senang. book sini terus, www.publiccab.com :) heibattt kan, semuaa di hujung jari gitueew. sekian, settle semuaa jadual 3 hari 2 malam aku kuching. 

Hari pertama boleh klik sini. 
Hari kedua boleh klik sini. 


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved