Rabu, 2 Januari 2013

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Saffuan 9W2SFJ: Tips Bercuti <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b>

Posted: 26 Nov 2012 07:50 AM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
   Alhamdulillah trip ke Kuching, Sarawak telah pun berakhir, beli tiket dari bulan Februari berbulan-bulan aku dengan kawan-kawan duk sibuk countdown. Sebenarnya banyak blog yang aku jadikan rujukan dan panduan untuk trip kami berlapan. 
Jadi kat bawah ni aku nak kongsikan trip itinerary yang aku sediakan sebelum ke Kuching, dengan adanya benda ni, mudah untuk kita merancang... Asalnya itinerary ni macam lain, tapi disebabkan beberapa perkara yang berlaku dan tak dapat dielakkan, kami ubah plan, tapi semua tempat dapat pergi. Jom tengok Tips Bercuti di Kuching

So kalau nak ke Kuching, tempat mana yang sepatutnya nak melawat? Ni pun menjadi tanda tanya kepada kami, Kuching ni bukan kecik tapi besar dan ada sesetengah tempat tarikan utama terletak jauh dari bandaraya Kuching. So tempat-tempat kat bawah ni tempat yang kami dah terokai,
3) Bako National Park (Bagi yang minat nak terokai alam semulajadi)
4) Semenggoh Wildlife Centre
6) Sarawak Cultural Village
7) Masjid Jamek Negeri Sarawak
8) Masjid Jamek Bandaraya Kuching
9) Kek Lapis ( Ada Banyak Pilihan)
10) Pusat Membeli  belah ( Ada Banyak Pilihan)
Untuk ke Taman Negara Bako, waktu yang sesuai adalah luar dari musim hujan, dan perlu dingatkan faktor air pasang surut tu penting. Waktu aku sampai ke Bako, nasib kami baik sebab air sungai belum surut, kalau tak terpaksa la batal, lepas tu kalau dah air surut waktu hiking alamatnya kena tunggu berjam-jam di Jeti Taman Negara Bako.
Harga Tiket Masuk : RM10.00
Sewa Bot : RM94 untuk 1 Trip pergi dan balik (Maksimum 5 Orang)
Sea Stack (Mercu Utama Bako National Park) : Bayaran Tambahan dikenakan sebanyak RM35.00 
Bagi peminat hidupan liar, peluang nak tengok Orang Utan ni menjadi sesuatu yang wajib. Semenggoh Wildlife Centre adalah tempatnya. Kunjungan kami semasa bulan November tak kena waktu la bro. Time tu musim buah, sekor Orang Utan pun tak nampak apatah lagi bulunya... Haha... Waktu terbaik untuk melawat antara Mac dan April, peluang nak tengok Orang Utan amat cerah!
Waktu melawat ke Semenggoh Wildlife Centre yang terbaik ialah :
9.00 - 10.00 am & 3.00 - 4.00 pm waktu ni Orang Utan akan diberi makan, makanan diletakkan di atas pelantar dan petugas akan menjerit macam ala-ala tarzan untuk panggil Orang Utan ni keluar dan makan kat atas pelantar tu. Tiket masuk hanya RM5.00 dan boleh digunakan sekali untuk sesi di sebelah petang pada hari yang sama.
Satu lagi tempat yang wajib dikunjungi, Sarawak Cultural Village. Mula-mula kami plan untuk melawat tempat ni di sebelah petang, tapi disebabkan hujan, terpaksa batal. Borak-borak dengan orang jual tiket, dia syorkan kami datang esok pukul 9.00 pagi, 2 jam jalan-jalan lepas tu jam 11.30 pagi tengok show kebudayaan.

Esok kami datang time tu jugak, tapi kami spend almost 6 jam di Sarawak Cultural Village! Tengok orang jugak la kot, bagi aku, aku minat interview orang yang jaga rumah2 tradisional kalau ada demo macam tarian aku cuba, menyumpit pun aku cuba, so tak hairanlah aku dengan geng2 spend masa kat situ berjam-jam... Jangan lupa bawak bekal air minum kalau time panas, berbaloikan kalau ada bekal sendiri....

Sebelum ni aku ada search tentang Pantai Damai, dan kalau nak masuk kena bayar RM5.00. Masa kami bercuti di Kuching, berhampiran Sarawak Cultural Village, berhadapan dengan gate masuk, kat situ ada kawasan pantai dan ada tugu burung Kenyalang, view lawa, boleh snap2. Berbaloi jugak kan, tambah pulak tak kena bayar apa-apa. Cuma tandas ja berbayar.

Tiket Masuk : RM60.00 (Dapat Passport)
Tiket Masuk dengan Student Card : RM15.00 (Diorang tak bagi Passport)
Jong's Crocodile Farm pun menarik jugak untuk dilawati. Kalau tengok buaya kat Zoo lebih bosan, disini ada acara bagi makan buaya dan boleh la tengok buaya lompat dan ngap makan tu. Selain daripada buaya, haiwan-haiwan lain pun ada contohnya macam Ikan Naga, tapi tarikan utama orang ke sini tak lain tak bukan nak tengok buaya lompat. Aku spend masa kat sini lebih kurang 2 jam.
Tiket Masuk : RM16 (Bukan Warga Sarawak)
Membeli belah kat Kuching tak dak masalah, banyak tempat yang boleh kita pergi, jalan kaki pun boleh. Kalau bab makanan, aku suggest untuk ke seberang Sungai Sarawak, kat situ ada food court, banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Menu yang aku suggest untuk cuba since dah datang Sarawak nih adalah :
Ni yang aku suggest je... Sebenarnya banyak lagi makanan tempatan yang nak kena cuba. Kalau nak beli kek Lapis pun di seberang sungai sana, macam tu la jugak dengan ikan terubuk masin. Bagi survenir, di seberang sungai sana lebih murah dan banyak pilihan. Sebelum nak beli tu elok2 la survey dulu.
Kenderaan untuk ke tempat-tempat menarik tu tak susah, ada public transport dan ada transport yang hotel sediakan. Bagi kami yang travel 8 orang, kami lebih selesa untuk sewa kereta. Drive di Kuching tak dak la tension sangat, jalan luas dan tak jem, tapi roundbout banyak....
Mungkin itu saja tips yang nak dikongsikan, mudah-mudahan dapat membantu plan korang untuk ke Kuching. Apa-apa pun aku suka dengan Kuching, best dan banyak lagi tempat untuk diterokai. Selamat Bercuti!

Kat bawah ni aku share sikit dengan pembaca bajet yang aku keluarkan sepanjang 5 hari aku di Kuching Sarawak. Jadi kalau ada yang plan nak bercuti di Kuching, leh la siap-siapkan bajet. Bajet di bawah tu aku travel dalam group 8 orang, kos penginapan dengan kos sewa kereta tu kira average la...

TIKET FLIGHT
1. Penang - Kuala Lumpur = RM92.00
2. Kuala Lumpur - Kuching - Kuala Lumpur = RM64.25
3. Kuala Lumpur - Penang = RM24.70

PENGANGKUTAN DI KUCHING
1. Airport - Hotel - Airport = RM12
2. Sewa Kereta & Minyak = RM60 (Untuk 3 hari)

PENGINAPAN
1. Kos Seorang = RM79.00 (Untuk 4 malam di Hotel 360Xpress)

TIKET MASUK TEMPAT
1. Bako National Park = RM10.00

      2. Sewa Bot Bako = RM32.25 
      3. Semenggoh Wildlife Centre = RM5.00 
      4. Jong's Crocodile Farm = RM16.00 
      5. Sarawak Cultural Village = RM20.00
      KOS PERBELANJAAN PERIBADI (MAKAN DAN CENDERAMATA) = RM360.00
   
      JUMLAH KESELURUHAN = RM775.20

    Harap-harap Tips Bercuti di Kuching ni dapat membantu korang buat planning. Selamat bercuti ke Kuching Sarawak

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads