ads

Sabtu, 22 Disember 2012

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


Pelancongan : Ada Apa <b>di</b> Pasar Malam <b>Sibu</b>, <b>Sarawak</b> - Pengerindu

Posted: 22 Dec 2012 02:36 AM PST

Menarik! Andai anda ingin melawat ke Sarawak pastikan anda melawat 4 Bandar Utama iaitu Kuching , Sibu , Miri dan Bintulu . 

Sekiranya anda merancang untuk ke Sibu pastikan anda tidak ketinggalan mengunjungi Pasar Malam sibu lokasi tidak jauh daripada Central Market Sibu .


Pasti mungkin pengujung luar daripada Sarawak akan terasa aga 'culture shock' kerana Pasar Malam di Sibu khasnya dan juga pasar - pasar malam lain di Sarawak adalah agak menarik dan lain dari yang lain terumatanya dari Segi makanan ( sila lihat sendiri gambar diatas ) .

Unik bagi anda dan tidak bagi Mr.J iaitu anda akan melihat Kepala Ayam goreng atau Pangang , Daging Babi serta Kepala Babi Pangang .

Untuk pengetahuan anda mengenai Sarawak , Sarawak adalah merupakan Negera Terbesar dalam pembentukkan Negara "Malaysia" dan Sarawak tiada mempunyai Agama Rasmi ( Kristian adalah Agama Majoriti di Sarawak ) dan Sarawak juga berhak mengawal kawalan Imigresen sendiri dan juga Mahkamah Sarawak & Sabah.
Info Menarik Tentang Sarawak:

Sarawak adalah berstatus Sebuah "Negara" dalam pembentukkan "Malaysia".
Tanah Melayu ( Malaya ) , Negara Singapura , Negara Sabah ( North Borneo ) , Negara Sarawak = "Malaysia". 

Kawalan Imigresen
Sekiranya anda bukan orang asal daripada Sarawak maka anda hanya dibenarkan menduduki Sarawak tidak lebih daripada 3 bulan dan perlu mendapatkan pengesahan daripada Imigresen Sarawak sekiranya tinggal lebih masa.

Lapangan Terbang

Sekiranya anda bukan orang asal daripada Sarawak maka anda akan diasingkan berbaris di Barisan Non-Sarawakian . 


Untuk membaca Perjanjian Pembentukkan "Malaysia" diantara Negara Sabah & Sarawak sila rujuk di :
The Original Agreement of Malaysia 9 July 1963 ( Perjanjian Perkara 18/20 Sabah & Sarawak ) dalam pembentukkan Malaysia.

Sekian , itu sahaja info daripada Mr.J .

SRS berjaya membantu mengurangkan kadar jenayah <b>di Sibu</b> <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 04:28 PM PST

Posted on November 26, 2012, Monday

SIBU: Program Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah kendalian Rukun Tetangga banyak memainkan peranan membantu mengurangkan kadar jenayah di Sibu Jaya.

Perkara itu diakui Ketua Balai Polis Sibu Jaya, Cif Inspektor Wan Mazlan memberitahu bahawa SRS berjaya membantu polis menyalur maklumat dengan memberi maklumat sosiokomuniti setempat seperti jumlah penduduk dan juga masalah sosial.

Selain itu, katanya, SRS turut menjadi sumber utama dalam mendapatkan perkembangan jenayah yang berlaku dari semasa ke semasa.

"Anggota SRS adalah individu paling sesuai mendapatkan maklumat khususnya yang berkaitan dengan sesuatu kejadian jenayah.

"Ini kerana mereka merupakan kumpulan individu yang paling hampir dengan masyarakat setempat," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Begitupun, masih ramai yang tidak sanggup menyertai program berkenaan apatah lagi dilaksanakan secara sukarela.

Menurut Wan Mazlan, beliau percaya masih ramai penduduk Sibu Jaya yang masih bersikap mementingkan diri sendiri selain menyerahkan sepenuhnya keselamatan mereka kepada pihak polis.

"Golongan muda contohnya, kita fikir tiada seorang pun yang menyertai program berkenaan. Mereka lebih suka duduk berkumpulan sambil melepak sehingga tengah malam," ujar beliau.

Sehubungan itu, Wan Mazlan turut memuji kesungguhan anggota Ikatan Relawan rakyat Malaysia (RELA) yang terlibat dalam aktiviti rondaan di Sibu Jaya.

"Antara kes jenayah yang menampakkan penurunan ialah curi motosikal dan juga pecah rumah," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved