11 di samarahan sarawak - Google Blog Search     |   
|    CERAMAH @che'gubard DAN AMK <b>SARAWAK DI SAMARAHAN</b> <b>...</b> Posted: 13 Dec 2012 06:00 PM PST   Akibat pertembungan perlawanan bola sepak Thailand lawan Harimau Malaya dan  ketidaksukaan rakyat Sarawak terhadap pemimpin PKR telah menyebabkan ceramah Merdeka  Rakyat AMK Sarawak "Selamatkan Kota Samarahan Dari BN" yang diadakan di Kampung  Sindang Baru, Samarahan yang dihadiri Che'gu Bard @ Badrul dari Solidariti Anak  Muda Malaysia (SAMM), Nazib Ahmad, Arip Ameran dan Zulhaidah Suboh di Samarahan  TIADA mendapat sambutan. Dianggarkan hanya sekitar 40 orang sahaja yang hadir  berbanding jumlah kerusi yang disediakan berjumlah 400 buah kerusi.       Menurut pejabat Polis Samarahan, ceramah Merdeka Rakyat itu telah diadakan  secara haram tanpa sebarang permohonan permit.            Ceramah Merdeka Rakyat AMK Sarawak yang sepatutnya diadakan pada jam 8.00  malam itu terpaksa ditangguhkan beberapa jam akibat ketiadaan sambutan daripada  penduduk Kamung Sindang Baru, Samarahan. Pengerusi penganjur telah beberapa  kali memohon maaf kepada penduduk yang hadir dan tetamu jemputan di atas  ketiadaan sambutan yang hebat.       Pada mulanya penganjur telah mencadangkan kepada penceramah yang hadir  untuk membatalkan ceramah Merdeka Rakyat itu atas faktor ketiadaan sambutan. Namun,  disebabkan nafsu yang membara mahu mengumpulkan 1 juta peserta ke Himpunan Kebangkitan  Rakyat di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini, Che'gu Bard tetap meneruskan  ceramah tersebut dalam keadaan serba salah.       Manakala, bagi 3 orang AMK Sarawak yang hadir bagi mengiringi Che'gu Bard,  mereka tiada pilihan terpaksa juga berceramah walaupun dalam suasana yang tidak  diingini. Malu tetap malu kepada penduduk Kampung Sindang Baru dan Che'gu Bard.  Turut sama hadir, Pak Husin bekas calon Parlimen Samarahan dan Dr Ramli Ahmad,  Ketua Cabang Keadilan Samarahan.             Seperti biasa, ceramah Merdeka Rakyat merupakan pentas pemimpin PKR untuk  menabur fitnah dan pembohongan tahap melampau ke atas pemimpin BN khususnya  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak Pehin  Seri Abdul Taib Mahmud serta beberapa pemimpin BN yang lain yang dirasakan  sesuai dan mempunyai modal untuk difitnah.       Selain Pengasas SAMM, Che'gu Bard juga calon PKR di P.131 Rembau yang akan  bertanding menentang Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri  Utama Dr Rais Yatim dalam PRU-13 nanti. Untuk memastikan mempunyai tahap  keyakinan yang kuat berhadapan pemimpin BN, beliau perlu mendapatkan sokongan  daripada anak-anak muda.       Seperti kebanyakan kandungan ceramah pemimpin PKR, tema UBAH pada PRU-13 menjadi  pilihan pemimpin SAMM dan AMK Sarawak di Kampung Sindang Baru, Samarahan. Bertemakan  Selamatkan Samarahan daripada BN adalah satu lagi hasrat PKR mahu mencetuskan  gangguan psikologi kepada rakyat Samarahan dan Sarawak. Namun, secara  keseluruhannya ucapan berkaitan UBAH ini hanyalah persepsi PKR dan tidak  bersandarkan fakta.       Isu kekurangan pembangunan luar bandar yang diketengahkan penceramah PKR  itu merupakan suatu taktik psikologi khususnya kepada penduduk Kampung Sindang.  Ini sangat bertentangan dengan apa yag telah diterima penduduk Kampung Sindang  Baru dan kawasan Samarahan keseluruhannya yang kini pesat membangun sebagai  pusat pendidikan Negeri Sarawak.       Jalan raya, kemudahan elektrik dan air serta telefon di samping sekolah,  hospital, tempat-tempat pendidikan seperti UNIMAS, UiTM dan Institut Perguruan  Samarahan serta Ibu Pejabat Polis Samarahan dan Bomba telah menjadikan Kota  Samarahan membangun dengan pesat. Ini sangat bertentangan dengan apa yang  mereka utarakan dalam ceramah itu.       Sejak dari dahulu lagi, bekas calon Asajaya, Arip bin Amera yang juga  peguam syariah yang pernah mencetuskan kontroversi di Pustaka Negeri Sarawak  bulan lepas akibat ketidakpuasan hatinya akibat jemputan ceramah telah  dibatalkan telah membangkitkan isu jambatan Muara Tuang. Kerajaan sedia maklum  akan keperluan jambatan Muara Tuang itu, tetapi lebih mengutamakan keperluan  jambatan di Sungai Bulu yang menghubungkan Asajaya dan Sebuyau/ Simunjan yang  dilihat sebagai keperluan mendesak. Kerajaan telah meluluskan pembinaan  jambatan itu dan kini sedang dalam pembinaan.       Adalah tidak lengkap sekiranya pemimpin PKR itu tidak menyerang kepimpinan  Ketua Menteri Sarawak dengan tuduhan yang disifatkan melampau dan keterlaluan.  Arip Ameran dan beberapa pemimpin PKR tempatan di Samarahan sudah lupa bahawa  jika tidak kerana jasa dan sumbangan Ketua Menteri Sarawak dalam memperjuangkan  kebajikan pendidikan dahulu untuk belajar di UiTM dan universiti tempatan maka  tidak akan ada mereka dan anak-anak mereka dapat belajar di peringkat tinggi  dan menjadi peguam syariah. Ini boleh dikatakan kacang lupakan kulit.       Isu lain yang dibangkitkan PKR itu dalam membohongi penduduk Kampung  Sindang Baru Samarahan ialah tanah NCR yang mana mereka sendiri pun tidak tahu  fakta yang mereka perkatakan. Kroni pemimpin BN Sarawak dan Persekutuan tanpa  merujuk kepada kroni pemimpin PKR sendiri seperti Anwar Ibrahim dengan isteri  dan anaknya, Lim Kit Siang berkroni dengan anaknya, Lim Guan Eng dalam DAP serta  Nik Aziz dengan anaknya Nik Abduh dalam PAS. Malah kabinet bayangan mereka  kebanyakannya bersifat kekeluargaan.             Dalam ceramah itu juga, Che'gu Bard mengambil kesempatan menjual  bahan-bahan fitnah kepada rakyat Samarahan dengan harga jualan sebanyak RM15  satu set.              Kesimpulan di sini, rakyat Sarawak menolak kehadiran PKR di Samarahan dan  di tempat-tempat lain bersandarkan kepada intipati ceramah mereka yang 100  peratus bersifat menghasut dan fitnah.         |   
| You are subscribed to email updates from di samarahan sarawak - Google Blog Search   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan