Isnin, 3 Disember 2012

11 di miri sarawak - Google Blog Search

11 di miri sarawak - Google Blog Search


SUPP perkenalkan sistem status BRIM yang terbaik <b>di Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 02:10 AM PST

Sebastian (tengah) bersama para pemimpin masyarakat di Miri, wakil LHDN bergambar kenangan selepas mesyuarat BR1M 2.0 di Pejabat Daerah petang tadi.

MIRI, 9 November– Sistem yang diperkenalkan oleh SUPP untuk memudahkan pemohon mengetahui status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) di Miri merupakan yang terbaik di Sarawak.

Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Sebastian Ting memberitahu, perkhidmatan itu menjadikan SUPP begitu popular sekali dari segi jumlah pengunjung web.

Laman web itu dibuka khas untuk pemohon BR1M 1.0 di kawasan Ahli Parlimen Miri yang juga Pengerusi SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

"Sejak dibuka, kita menerima sebanyak 50,000 hits, bertambah kepada 100,000 hits dan mencecah sehingga 700,000 hits."

"Sistem akan diteruskan untuk BR1M 2.0 sebagai memudahkan pemohon memperoleh maklumat tentang status bantuan mereka," katanya kepada media selepas sesi bertemu ketua-ketua masyarakat dan ketua kaum di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Miri yang turut dihadiri oleh wakil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini.

Sebastian yang juga Pengerusi SUPP Piasau berkata, SUPP menawarkan khidmat berkenaan di laman web mereka dimana pemohon boleh mengetahui status permohonan dengan hanya mengemukakan nombor kad pengenalan.

"Melihat kepada populariti ini, kita (SUPP) akan terus menawarkan khidmat ini kepada pemohon BRIM2.0," katanya sambil menambah pengagihan BR1M yang mendapat sambutan menggalakkan oleh rakyat adalah tanda keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kebajikan rakyat.

Selain itu, sumbangan bantuan RM250 untuk golongan bujang berusia 21 tahun ke atas dalam BR1M 2.0 juga tanda sokongan kerajaan membantu golongan muda.

Beliau turut berterima kasih kepada media di sini kerana membantu memaklumkan kepada penduduk tentang perkembangan BR1M.

Pegawai Daerah Miri, Boniface Intang Apat memberitahu, ketua masyarakat dan ketua kaum memainkan peranan penting dalam menerangkan kepada penduduk tentang pemohonan bantuan itu.

Sebarang maklumat tentang BR1M 2.0 boleh menghubungi talian hotline 1800-222-500 dan 1800-882-716

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads