Isnin, 24 Disember 2012

11 di matu sarawak - Google Blog Search

11 di matu sarawak - Google Blog Search


Kes denggi meningkat | my <b>Sarawak</b> - News coverage around <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2012 10:06 AM PST

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri semalam melaporkan berlaku peningkatan kes denggi pada minggu ke-50 bagi negeri ini iaitu sebanyak 57.5 peratus.

Menerusi kenyataan akhbarnya, ia menyatakan bilangan kes baharu yang dilaporkan minggu lepas (dari 9 hingga 16 Disember) ialah 63 kes berbanding 40 kes yang direkodkan pada minggu ke-49.

Bintulu, Matu dan Lubok Antu merekodkan kes tertinggi dengan masing-masing lima kes, diikuti Kuching, Sarikei, Pakan, Sibu, Miri dan Lawas iaitu masing-masing empat kes.

Satu kes kematian turut dilaporkan bagi minggu ke-50 iaitu melibatkan mangsa dari Song.

Selain itu, dua wabak baharu juga telah dilaporkan pada minggu ke-50, kedua-duanya dari Lubok Antu dengan satu wabak daripada minggu ke-49 juga masih aktif, dilaporkan dari Matu.

Dalam pada itu, empat kawasan wabak telah diisytiharkan bebas iaitu dua dari Sri Aman dan satu masing-masing di Meradong dan Lubok Antu.

Justeru, sebagai usaha pencegahan, 11 aktiviti gotong-royong telah dijalankan di kawasan terjejas iaitu di Bau, Kuching, Sri Aman, Lubok Antu, Sarikei, Pakan, Matu, Sibu dan Bintulu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya memastikan kawasan kediaman masing-masing tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads