Jumaat, 7 Disember 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Nyalau: Jangan serah <b>Lubok Antu</b> kepada &#39;orang luar&#39; | my <b>Sarawak</b> <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 09:43 AM PST

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak mengingatkan pengundi di Lubok Antu agar jangan sesekali menyerahkan kawasan Parlimen Lubok Antu kepada wakil rakyat bukan anak kelahiran Lubok Antu.

Sebaliknya, ia harus terus diterajui oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang merupakan anak jati Lubok Antu sendiri dan Bumiputera Dayak, tegasnya.

Berdasarkan realiti politik negara, katanya, apabila majoriti sesuatu penempatan itu dihuni kaum Dayak, maka wakil rakyat Dayak harus menjadi wakil rakyat mereka.

"Begitu juga dengan kawasan bandar yang banyak dihuni kaum Cina maka wakil rakyat bangsa Cina yang memimpin mereka.

"Ini bukan rasis tetapi itulah realiti politik negara kita hari ini dan atas sebab itu kawasan Lubok Antu harus diwakili wakil rakyat dari kaum Bumiputera sendiri, katanya kepada Utusan Borneo di sini.

Nyalau berkata demikian bagi mengulas niat Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng hendak mencuba nasib bertanding menentangnya di kerusi Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau berkata, rakyat tempatan harus menentang 'orang luar' demi mempertahankan maruah politik Lubok Antu.

Menurutnya lagi, majoriti rakyat Lubok Antu adalah kaum Bumiputera Dayak, lantaran itu secara lojiknya Lubok Antu harus diwakili wakil rakyat BN Bumiputera Dayak.

Nyalau turut mengingatkan para pengundi agar jangan mudah termakan janji manis SWP yang sudi memberi insurans kepada ahli-ahlinya.

"Sesebuah parti berjuang untuk membela nasib rakyat, bukannya menjadi ejen menjual insurans kepada rakyat.

"Insurans itu hanya gula-gula politik SWP untuk meraih sokongan rakyat dan keuntungan politik mereka sahaja," katanya.

Nyalau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat dan ketua-ketua masyarakat di kawasan Lubok Antu atas sokongan mereka kepadanya selama ini.

Nyalau berkata, sejak satu penggal menjadi wakil rakyat BN di Lubok Antu banyak projek mega dilasanakan di Lubok Antu seperti Projek Jalan Raya Ulu Skrang, Projek Jalan Raya Lubok Subong ke Sekunyit, Loji Perawatan Air Baru Lubok Antu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuariantin Dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia, tiga sekolah rendah, Balai Polis Lubok Antu, bekalan elektrik dan air di rumah panjang sekitar pedalaman Lubok Antu.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads