ads

Rabu, 28 November 2012

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sibu sarawak - Google Blog Search


57 kes denggi dilapor <b>di Sibu</b> - The Borneo Post Online

Posted: 16 Nov 2012 05:22 PM PST

Posted on November 17, 2012, Saturday

SIBU: Sehingga minggu ke-45 (4 hingga 10 November), Daerah Sibu telah mencatatkan sejumlah tujuh kes demam denggi menjadikan jumlah kes yang dilaporkan sehingga 10 November adalah sebanyak 57 kes.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Muhamad Rais Abdullah berkata dua lokaliti telah diisytiharkan pada 26 Oktober lalu sebagai wabak iaitu di Jalan Bukit Assek dan Jalan Merlin.

"Hasil daripada pemantauan Jawatankuasa Bertindak Wabak Denggi Daerah mendapati masih banyak tempat yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes di kedua-dua lokaliti wabak tersebut," katanya di sini semalam.

Di samping itu, Jawatankuasa Bertindak Wabak Denggi Daerah yang dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Sibu, Khalid Andong akan mengadakan gotong-royong di Pasar Jalan Tiong Hua pada 18 November ini, jam 7.30 pagi.

Sehubungan itu, semua penduduk di lokaliti berkenaan diminta bersama-sama menjayakan kempen gotong-royong itu bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Menurut Dr Muhamad Rais, Pejabat Kesihatan Bahagian bersama Jawatankuasa Bertindak Wabak Denggi Daerah menggesa masyarakat agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan.

Ini katanya, dengan memusnahkan atau menanam bahan-bahan buangan yang boleh menakung air seperti tayar, tong cat, tin kosong, botol kaca, helmet buruk, bekas polisterin, mangkuk mi segera, beg plastik dan sebagainya.

Sekiranya demam, beliau menasihati orang ramai agar pergi ke kemudahan kesihatan dengan segera kerana sebarang kelewatan mendapatkan rawatan boleh membawa maut.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved