Sabtu, 3 November 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Perluasan siaran radio, televisyen giat dilaksanakan <b>di</b> kawasan <b>...</b>

Posted: 22 Oct 2012 06:01 PM PDT

TERBAIK: Nyalau (tengah), Roslley (tiga kanan) bersama para penerima menunjukkan tanda bagus atas sumbangan itu di Lubok Antu.

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak memberitahu bahawa program perluasan siaran radio dan televisyen menerusi satelit sedang giat dilaksanakan di kawasan pendalaman Lubok Antu pada masa sekarang ini.

Katanya, kerja pemasangan siaran tersebut dijangka akan membolehkan penduduk Lubok Antu untuk menerima maklumat atau siaran berita menerusi kedua-dua medium elektronik itu dengan lebih jelas.

Menurutnya, kerja pemasangan program itu di kawasan Lubok Antu dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat.

"Ini merupakan usaha kita untuk membolehkan rakyat di Lubok Antu menerima maklumat yang tepat serta benar dan bukannya seperti stesen Radio Free Sarawak yang sering menyiarkan berita fitnah mengenai kerajaan pada masa sekarang," katanya.

Nyalau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Ketua-Ketua Kaum dari kawasan pesisir di pekarangan Pejabat Penerangan Daerah Lubok Antu, di sini baru-baru ini.

Seramai 95 orang ketua kaum Iban selaku wakil rumah panjang terpilih dari kawasan luar bandar Parlimen Lubok Antu menerima televisyen 32" Panasonic Flat Screen yang disampaikan oleh Nyalau.

Selain itu, beliau juga berharap agar penduduk di kawasan Lubok Antu tidak terperangkap dengan fitnah yang dilemparkan oleh pihak Radio Free Sarawak memandangkan taktik parti pembangkang untuk meraih sokongan mereka.

"Jangan membuang masa dengan hanya mendengar tohmahan yang dilontarkan oleh Radio Free Sarawak itu kerana boleh mengganggu, mengusik emosi dan fikiran anda.

Sebaliknya berilah sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti," katanya.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Lubok Antu James Roselly, wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Cherry, pembantu khas kepada Ahli Parlimen Lubok Antu, Zainie Ajie dan ketua-ketua kaum sekitar Lubok Antu.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads