Isnin, 26 November 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search

11 di betong sarawak - Google Blog Search


<b>Betong</b> optimis beri cabaran pada futsal kebangsaan – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 01:49 PM PST

Posted on November 15, 2012, Thursday

BETONG: Pasukan Futsal Parlimen P.204 Betong optimis untuk mencabar pada Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia Kebangsaan yang akan berlangsung di Putrajaya dari 16 hingga 18 November ini.

Pengurus pasukan lelakinya, Ismail Mohamad berkeyakinan penuh untuk melihat pasukan bimbingannya beraksi sekurang-kurangnya pada separuh akhir kejohanan.

"Sepuluh pemain kita telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengharungi perlawanan dan menentang lawan pada kejohanan itu nanti.

"Dengan latihan yang cukup serta kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan futsal yang lain, skuad ini yakin membentuk persefahaman di kalangan pemain dan mampu bersaing dengan lawan.

Kita yakin akan melangkah dengan jauh pada kejohanan kali ini," tegas beliau.

Bagi pengurus pasukan wanitanya pula, Abang Busri Abang Morny, berjaya beraksi dalam kelompok lapan pasukan teratas menjadi sasaran untuk menjulang nama P.204 Betong.

"Saya cukup yakin pasukan yang dibentuk kali ini memenuhi harapan yang diimpikan oleh setiap pasukan yang bertanding.

"Mantap dari pelbagai posisi serta berkebolehan dan ada di kalangan pemain memiliki kemahiran individu yang tinggi.

Ini akan membantu pasukan untuk terus berada dalam kelompok pasukan yang disegani.

"Harapan kita, setiap perlawanan akan ditempuhi dengan kemenangan dan pemain tidak gentar menentang lawan serta berkeyakinan tinggi untuk mencapai sasaran," ujarnya.

Mereka ditemui pemberita ketika sesi taklimat akhir pengurus, jurulatih dan pemain bersama Ketua Kontinjen Bahagian Betong yang berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan bahagian Betong di sini kelmarin sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, semalam.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads