ads

Selasa, 30 Oktober 2012

11 di betong sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di betong sarawak - Google Blog Search


Semua ADUN <b>di</b> Parlimen <b>Betong</b> Sokong Uggah - <b>Sarawak</b> Update

Posted: 01 Jul 2012 10:36 PM PDT




BETONG :- Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah Parlimen Betong sebulat suara mahu Dato Sri Douglas Uggah Embas untuk mempertahankan kerusi Parlimen Betong dalam Pilihanraya Umum ke-13 kelak.
"Tiada nama lain kita letakkan di kawasan ini selain daripada Dato Sri Douglas Uggah Embas yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Betong yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar", kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dalam majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia di Dewan Panglima Rentap, di sini hari ini.
Datuk Patinggi Alfred Jabu merupakan ADUN Layar manakala Robert Lawson Chuat yang merupakan Menteri Muda Kebajikan adalah ADUN Bukit Saban. Seorang lagi ADUN ialah Mohd Razi Sitam untuk kawasan DUN Saribas.
Menurut beliau, Dato Sri Douglas Uggah merupakan seorang pemimpin berkaliber, disenangi rakyat dan mendapat sokongan padu akar umbi sekaligus wajar diberikan kepercayaan sekali lagi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Betong.
"Dalam setiap pilihanraya, jumlah undi yang diterima Dato Sri Douglas Uggah sentiasa meningkat dan ini membuktikan bahawa beliau diterima dengan baik oleh rakyat di Betong", katanya.
Mengenai Radio Free Sarawak pula, Datuk Patinggi Jabu menasihatkan rakyat supaya berwaspada dengan pentadbir radio tersebut kerana taktik yang digunakan hampir sama dengan taktik dan propaganda komunis ketika negara di bawah ancaman pengganas itu awal merdeka.
Nasihat yang sama turut disampaikan oleh Dato Sri Douglas Uggah yang menyatakan mereka yang terlibat dalam Radio Free Sarawak sebagai pengecut kerana tiada akauntabiliti. 
"Tidak seperti media arus perdana kita yang menyalurkan berita dan maklumat yang tepat, tidak mengelirukan rakyat dan yang paling penting ada akauntabiliti", katanya sambil menambah media arus perdana sedia bertanggungjawab atas apa yang disiarkan.
Sejumlah 1,550 buah komputer riba diserahkan kepada PIBG dan NGO sekitar Betong.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved