Isnin, 24 September 2012

11 di limbang - Google Blog Search

11 di limbang - Google Blog Search


Bolehkah <b>Limbang</b> Membangun? « <b>Di</b> Halaman <b>Limbang</b>….

Posted: 29 Aug 2012 07:20 PM PDT

LIMBANG, dibandingkan dengan bandar yang lain di Sarawak masih lagi ketinggalan dari segi pembangunan. Mungkin ini yang selalu aku perkatakan sebelum ini. Tetapi pembangunan macamana?

Adakah pembangunan dari segi luaran atau dalaman? Sesiapa yang pernah datang ke Limbang, mungkin dapat mengagak pembangunan dari segi mana yang aku nak perkatakan.

Jika nak ceritakan tentang pembangunan di Limbang, tentu kita akan menuding kepada siapa yang harus kita salahkan yang menyebabkan Limbang tak membangun seperti bahagian-bahagian yang lain di Sarawak ini. Mungkin bagi mereka yang dah lama tinggal di Limbang, kesalahan banyak dituding ke atas pemimpin sebelumnya yang tak berselera untuk membangunkan Limbang tetapi lebih berselera untuk menjamah yang ada di Limbang sahaja.

Dan sekarang pemimipin yang lama dah bertukar, sudah dua penggal memegang tampuk kuasa di Limbang. Adakah kita masih lagi untuk menyalahkan ke atas pemimpin terbabit?

Ataupun kita meyalahkan situasi yang ada di Limbang yang menyebabkan hasilnya tidak seberapa, seperti keadaan ekonomi, geografi, kurang wang, keadaan politik semasa, kurangnya sokongan, keadaan sistem negara, sikap orang tempatan dan pelbagai lagi yang hendak kita salahkan.

Jadi, aku yang sudah tinggal di Limbang terasa macam biasa sahaja, seakan semuanya ok. Ada pembangunankah atau tidak, keadaan di Limbang terus bergerak dengan gayanya tersendiri.

Walaupun ada suara-suara ketidakpuasan kedengaran agar Limbang perlunya ada pusat pendidikan yang tinggi, perlunya ada agensi ini, perluya ada sekolah teknikal, perlunya ada jalan-jalan yang baik kerana Limbang bersempadan dengan Negara Brunei, perlunya hospital dinaiktaraf dengan doktor-doktornya sekali tanpa perlunya merujuk di hospital Miri bila kes kritikal, perlunya jambatan dibina untuk ke kampung seberang agar mudah dihubungi, perlunya jalan dibina untuk tidak melintasi Negara Brunei agar tidak menghadapi kesesakan di sempadan, perlunya lapangan terbang dibesarkan lagi agar tidak perlu singgah di Miri lagi(bagi penerbangan selain dari Miri) dan banyak lagi perlu dibuat di Limbang yang tak dapat nak aku tuliskan di sini.

Mungkin juga kepimpinan yang ada di Limbang masih baru lagi berbanding kepimpinan yang ada di Lawas(yang kini semakin mengatasi keupayaan Limbang) menyukarkan lagi untuk membawa pembangunan yang sepatutnya dah terjadi di Limbang. Tarikan bagi pemimpin baru di Limbang belum lagi dapat menarik perhatian kerajaan negeri.

Apa yang harus dibuat untuk menggerakkan pembangunan yang ada di Limbang ini? Bukannya pembangunan yang ada di Limbang tiada langsung tetapi begitu perlahan dan kurang diberi perhatian yang sewajarnya oleh mana-mana pihak.

Peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan dalam membangunkan suasana "menarik" memberi impak kepada pembangunan di Limbang. Ketangkasan dan inovasi dari agensi-agensi yang ada diperlukan agar  pembangunan yang sudah tersedia hanya  perlukan sentuhan dan bantuan yang kreatif dari agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan. Namun seperti yang terjadi ketangkasan yang ada tidak diimplementasikan dengan sepenuhnya. Hanya dibuat dengan gaya yang begitu santai dan ketidakwajaran.

Sepatutnya  pembangunan di Limbang boleh berjalan dengan pantas disebabkan di sudut geografi Limbang yang dikelilingi oleh Negara Brunei, Labuan, Lawas dan Sabah. Namun, ia masih bergerak dengan perlahan-lahan dan mungkin juga suasana yang begitu santai di Limbang memberi kesan kepada keaktifan penduduk di Limbang agaknya.

Kesimpulannya, Limbang tetap Limbang iaitu keunikannya yang berada dalam Negara Brunei Darusalam.

Bila Aku Fikirkan Tentang <b>Limbang</b>… « <b>Di</b> Halaman <b>Limbang</b>….

Posted: 21 Sep 2012 01:35 AM PDT

UNTUK sesiapa yang nak masuk ke Limbang samada melalui Jalan Tedungan(sempadan Tedungan/Kuala Lurah) atau Jalan Pandaruan(sempadan Pandaruan/Temburong) khasnya untuk yang suka ikut jalan darat, hanya itu sahaja jalan untuk ke Limbang. Tiada lagi jalan untuk masuk ke Limbang kecuali menggunakan kapal terbang ataupun bot.

Dan jika sesiapa yang nak keluar dari Limbang hanya dua jalan ini sahaja yang dapat dilalui oleh siapa-siapa yang berada di Limbang. Seronokkan!

Yang tak seronoknya, bila ada apa-apa program yang diadakan di Limbang terutamanya di bandar Limbang pasti kesesakan jalan akan berlaku. Sebab apa? Sebab hanya ada satu jalan sahaja yang dapat untuk kereta-kereta yang nak ke bandar Limbang. Sesiapa yang nak masuk bandar Limbang dan nak keluar dari bandar Limbang pasti akan tersekat di jalan-jalan tersebut. Lebih mudah nak kata, berlakulah kesesakan.

Aku cerita tentang jalan raya ini, bukannya nak memberitahu bahawa jalan di Limbang sudah sesak seperti jalan-jalan di bandar besar yang lain. Yang aku nak fokuskan mengapa hanya ada satu jalan sahaja! Mengapa tidak dibuat jalan lain untuk masuk ke bandar Limbang ataupun jalan keluar selain dari jalan yang aku katakan tadi.

Mengapa tidak dibuat jalan yang merentasi Bukit Mas dari Kampung Batu Bakarang  untuk ke Kampung Pahlawan? Ataupun buat satu jambatan yang merentasi sungai Limbang untuk menghubungkan bandar Limbang dengan kampung-kampung yang di seberang, dan mudah untuk ke Brunei melalui Kampung Pendam. Tak perlu lagi nak berpusing-pusing dalam Limbang.

Mungkin juga strategik orang bisnes, jika dibuatlah jalan singkat yang aku katakan tadi, maka tak singgahlah orang Brunei ke bandar Limbang. Maksudnya tak lakulah bisnes-bisnes di bandar Limbang. Bila dah jadi begitu, maka Limbang jadi bandar sunyi dan sumber pendapatanpun kurang.

Berkemungkinan besar juga kos untuk menarah Bukit Mas amat tinggi dan membina jambatan merentasi sungai Limbang juga tinggi. Siapa nak tanggung kos pembinaan nanti. Merugikan kerana manfaat hanya untuk orang Brunei sahaja nanti. Orang Brunei tidak akan singgah di bandar Limbang jika jalan singkat dibina nanti. Limbang hanya laluan untuk mereka ke Sabah ataupun untuk ke Miri(bagi orang Brunei Temburong)

Payahkan difikir semua ini. Jadi, jika terjadilah apa yang aku katakan tadi, apa jadi dengan bandar Limbang nanti. Adakah masih wujudnya Hotel Purnama? Peniaga-peniaga kecil macamana pula mereka nak cari rezeki yang kebanyakkan yang membeli jualan hanyalah orang Brunei. Orang tempatan bukannya tak membeli, membeli juga tetapi hanya barangan keperluan seperti makanan sahaja. Barangan yang lain orang Limbang membeli belah di Miri ataupun di KK.

Bagaimana dengan orang-orang muda? Masihkah mereka nak tinggal di Limbang atau menjadi perantau?

Kalau nak ikutkan teori tadi, pasti harga barang di Limbang akan turun, murah, tiada pilihan dan kedai-kedai di Limbang akan berkurangan serta sunyi.

Kesimpulannya, jika dibuat pembaharuan dari segi lanskap untuk jalan-jalan baru di Limbang, ia boleh mendatangkan kesan dari aspek yang lain kadang-kadang ia merugikan juga. Macamana ya? Sekarang ini aku tinggal di Limbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads