Selasa, 7 Ogos 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Hasrat Larry bertanding <b>di Lubok Antu</b> ditolak | Malaysian Daily News

Posted: 11 Jul 2012 04:58 PM PDT

Posted by ladowanie123 on July 11th, 2012

LUBOK ANTU: Hasrat Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng yang berminat bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) William Nyalau Badak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti umpama mencurah air ke daun keladi. Ini berikutan pengundi di Parlimen Lubok Antu bukan sahaja enggan memberi sokongan kepada calon dari luar Lubok Antu malah menolak sama sekali kaum lain mewakili mereka. Larry dikhabarkan akan bertanding di Lubok Antu bagi berhadapan dengan Nyalau dan Andy Jackson menentang Masir Kujat di Sri Aman. Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Engkilili Kaunselor Bangkong Maweng berkata, rakyat di Parlimen Lubok Antu sudah masak dalam politik dan hasrat Larry hendak bertanding di kawasan yang dihuni majoriti kaum Iban itu adalah ditolak sama sekali. Menurutnya, pengundi Parlimen Lubok Antu ingin sekali melihat anak jati dari Lubok Antu yang menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka. Tambahan pula Larry mewakili parti SWP yang menentang kerajaan BN dan sudah pasti Larry tidak akan diterima sama sekali oleh mereka nanti, ujarnya. "Kami di sini fobia sama sekali apabila melihat calon luar bertanding di kawasan kami, tambahan pula Larry orang luar dan pembangkang pula dan sudah pasti kami akan menolaknya," katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam. Sehubungan itu Bangkong mengajak pengundi di Parlimen Lubok Antu agar tidak memberi undi sama sekali kepada anak Datuk Sng Chee Hua itu sekiranya hasratnya hendak menentang Nyalau menjadi kenyataan kelak. 'SWP ini bukan parti mesra BN seperti mana yang pemimpin mereka uar-uarkan tetapi ia adalah parti pembangkang yang bertujuan memesongkan fikiran kaum Dayak terutama Iban di kawasan pedalaman," ujarnya. Larry yang berketurunan Cina dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus adalah berasal dari Kapit. Sebelum ini Larry berhasrat hendak bertanding menentang Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun di Selangau. Tetapi hari ini sudah tidak kedengaran lagi apabila dikhabarkan mendapat sambutan dingin daripada kalangan pengundi di Selangau. Sementara itu Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Engkilili Kaunselor Sibat Krutap menasihati pengundi di kawasan Lubok Antu terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili agar bersatu menentang Larry sekiranya dia hendak mencuba nasib bertanding menentang Nyalau di Parlimen Lubok Antu. Menurutnya, pengundi di sini harus menolak Larry yang bukan asal orang Lubok Antu. "Kami bukan takut dengan Larry tetapi enggan orang luar menjadi wakil rakyat kami di sini. "Cukuplah yang kami alami di DUN Engkilili yang menyokong bekas wakil rakyat Toh Heng San dari Song sebelum ini.

See original article:
Hasrat Larry bertanding di Lubok Antu ditolak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads