Jumaat, 6 Julai 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


UMNO Online - Lebih 200 Orang Mohon Buka KR1M

Posted: 27 Jun 2012 12:28 AM PDT

Kategori Dari Parlimen

Lebih 200 Orang Mohon Buka KR1M

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Model ketiga pelaksanaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang memberi tawaran kepada orang ramai membuka dan mengelolakan operasi KR1M mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menerima 201 permohonan  apabila tawaran itu ditutup pada 31 Mac lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK), Datuk Tan Lian Hoe berkata daripada jumlah itu 53 permohonan telah disenarai pendek termasuk enam dari Sabah dan 14 dari Sarawak.

Menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) ketika sesi soal jawab Tan berkata sejak dilancarkan Jun tahun lepas sambutan rakyat terhadap KR1M adalah amat baik.

"Ini diterjemahkan melalui jualan sehari iaitu antara RM10,000 hingga RM12,000 setiap outlet dan nilai jualan harian tertinggi pernah dicatat melebihi RM40,000 oleh KR1M di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Ini jelas membuktikan sambutan rakyat terhadap inisiatif yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 22 Jun tahun lepas di Stesen LRT Kelana Jaya, KR1M yang diuruskan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama kerajaan menawarkan lebih 250 barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

Tan berkata sehingga kini, 33 KR1M telah beroperasi dan KPDNKK menyasarkan 52 kedai lagi akan dibuka di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Bagi memenuhi permintaan penduduk Sabah dan Sarawak beliau juga memaklumkan sebuah KR1M akan dibuka di Kota Padawan, Kuching, Sarawak dan Inanam di Sabah pada penghujung bulan ini.

Tan juga memberi jaminan kerajaan akan sedaya upaya memastikan harga produk atau barangan yang dijual di KR1M di Sabah dan Sarawak adalah seragam dengan harga di KR1M di Semenanjung walaupun kos penghantaran barangan ke negeri itu adalah lebih tinggi.

"Jadi, dalam hal ini disebabkan pihak KPDNKK ada menjalankan program penyeragaman harga, maka beberapa barangan ini boleh dimasukkan supaya harganya dapat dikekalkan serendah seberapa yang boleh," katanya.

Berita Bertarikh 27 June 2012 (2 Minggu Lalu) Pada 3:28 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads