Selasa, 10 Julai 2012

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search

11 di lubok antu sarawak - Google Blog Search


Larry Sng masih kurang pasti kawasan ingin ditandinginya, kata <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 04:13 PM PDT

SRI AMAN: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing mendakwa Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) Larry Sng masih kurang pasti kawasan yang ingin ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana takut dengan bayangnya sendiri.

Menurutnya, khabar bahawa anak Datuk Sng Chee Hua ini bakal bertanding di kawasan Parlimen Lubok Antu menentang William Nyalau menggambarkan dia lari daripada janji yang pernah dilemparkan kepada rakyat di Selangau dan Julau yang tidak ditunaikan selama ini.

Sepatutnya Larry bertanding di Selangau, Hulu Rejang  mahupun di Julau kerana dia bersama bapanya pernah menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) selama dua penggal di kawasan itu, ujarnya.

Bapa Larry, Sng Chee Hua pernah menjadi wakil rakyat BN Parlimen Julau selama dua penggal.

Manakala Larry menjadi wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus yang di bawah Parlimen Hulu Rejang selama dua penggal.

Beliau percaya berikutan bapa dan anaknya pernah membohongi rakyat di kawasan terbabit maka Larry mungkin berminat bertanding di Lubok Antu kerana dia berfikir bahawa rakyat Lubok Antu belum tahu perangainya secara mendalam ketika ini.

"Dulu Larry kata dia berminat bertanding di Selangau mahupun Julau tetapi akhir-akhir ini tidak kedengaran lagi hasratnya itu dan hari ini saya terima khabar dia berminat bertanding di Lubok Antu.

"Kenapa di Lubok Antu… kenapa tidak di kawasan di mana dia mahupun bapanya pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini.

"Jawapannya mudah kerana rakyat di kawasan terbabit sudah masak dengan perangai mereka yang hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikannya.

"Jadi di sini saya nasihatkan rakyat di Lubok Antu agar tolak Larry sekiranya dia berminat bertanding di Lubok Antu nanti," katanya.

Masing selaku Menteri Kemajuan Tanah Sarawak berkata demikian semasa merasmikan Majlis Makan Malam sempena Dialog Tertutup anjuran Parlimen P202 Sri Aman dengan P203 Lubok Antu di Dewan Suarah, Sri Aman, kelmarin.

Dalam majlis itu Masing mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak dan Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat dikekalkan  dan  akan bertanding di dua kawasan Parlimen milik PRS itu pada PRU nanti.

"Mereka berdua (Nyalau dan Masir) dicalonkan semula bertanding mempertahankan kerusi PRS di Lubok Antu dan Sri Aman, jadi jangan sibuk lagi menyatakan Nyalau dan Masir tidak disenaraikan mewakili PRS di dua kawasan Parlimen itu nanti," ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar  dan Menteri Muda Perumahan Sarawak Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Pemodenan Pertanian Datuk Mong Dagang, Nyalau, Masir, ADUN Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa, ADUN Batang Ai Malcom Mussen Lamoh, ADUN Ngemah Alexander Vincent dan ketua-ketua masyarakat sekitar Sri Aman.

Category: Berita Tempatan, Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads