11 di bau sarawak - Google Blog Search |
Pandelela Rinong <b>Di</b> Upacara Perasmian Sukan Olimpik London <b>...</b> Posted: 27 Jul 2012 04:53 PM PDT Pandelela Rinong Anak Pamg – pembawa bendera Malaysia di Upacara Perasmian Sukan Olimpik London 2012 yang berasal dari Bau,Sarawak. Lahir pada 2 Mac 1993 . Beliau adalah atlet terjun papan anjal. Pandelela ialah pemenang anugerah Olahragawati Kebangsaan 2011. Inilah saat yang dinanti-nanti, rasa darah mengalir panas dengan semangat cintakan negara yang membuak-buak apabila melihat atlet negara berjalan megah dalam perarakan pembukaan Olimpik 2012. Walaupun sepanjang hujung minggu ini warga siber agak riuh mengkritik logo dan lagu sempena Hari Merdeka ke 55 negara, tidak dinafikan rasa cinta, semangat pratriotik masih menebal di dalam jati diri semua orang. perasaan ini, rasa ini bukan boleh dinilai oleh pihak lain atau digambarkan dalam bentuk sekian-sekian. Ini adalah rasa yang dalam tak perlukan balasan. Sukan Olimpik 2012 atau secara rasminya "Games of the XXX Olympiad" (Sukan Olimpiad XXX) diadakan di London, England, United Kingdom dari 27 Julai – 12 Ogos 2012. Kalau di London 27 Julai masa majlis pembukaan, kita di Malaysia dah 28 Julai. London menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas tahun 1908 dan 1948. Negara pertama yang menjadi tuan rumah sebanyak tiga kali. Malaysia menghantar 30 atlet yang mengambil bahagian di dalam sembilan acara sukan iaitu memanah, olahraga, badminton, berbasikal, terjun, lawan pedang, belayar, menembak dan berenang. Tumpuan sudah semestinya kepada penembak wanita negara, Nur Suryani Mohamed Taibi yang sedang sarat mengandung lapan bulan. Beliau satu-satunya penembak negara yang layak ke Olimpik 2012 secara merit. Moga atlet kita mencapai kejayaan yang membanggakan di sana. Mr Bean ( Rowan Atkinson ) pun buat persembahan bersama orkestra. Gimik ketibaan Queen Elizabeth II melalui payung terjun dengan diiringi oleh James Bond (Daniel Craig) pun menarik. Ini gambar pembukaan sukan Olimpik 2012 dari skrin tv kat rumah saya… cantiklah juga walaupun kamera senget #pujidisisendiri Banyaknya nama negara-negara yang tak pernah tahu muncul di kaca TV, jadi jangan terkejut kalau penduduk dunia lain pun baru pertama kali mengetahui mengenai negara Malaysia. Antaranya Gabon ,Burkina Faso, Kiribati , Vanuatu Perghhh………. macam Bond 007! David Beckham memandu bot melalui Tower Bridge menuju ke Stadium Olimpik London membawa Jade Bailey yang membawa obor Gambar ni comel. Stadium Olimpik London yang menjadi tempat upacara perasmian dan upacara penutup pada 12 Ogos 2012 nanti menjadi perkampungan British dengan teme 'Green and Pleasant' . Ada awan yang gebu-gebu lagi. Gambar dari london2012.com Youtube juga menyediakan siaran langsung pembukaan Olmpik 2012 di Official Olympic Channel Post Lain Yang Berkaitan: |
You are subscribed to email updates from di bau sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan