11 di subis sarawak - Google Blog Search |
Posted: 08 Jun 2012 02:20 AM PDT PERSIAPAN KE BORNEO Assalamualaikum w.b.t *sebenarnya dah lama teringin nak buat entry ni. Mana tau berguna untuk tatapan cikgu-cikgu baru yang bakal dipostingkan ke belah-belah sana (kalau mereka terlalu kat sini la). Aku cuba untuk ceritakan sedetail yang boleh. Part 1: Kronologi kisah Untuk batch aku, result posting keluar pada hari Isnin 9/1/2012. Tarikh lapor diri ialah pada 16/1/2012, iaitu seminggu lepas result diumumkan. Kalau korang jenis yang tak prepare mental and fizikal untuk dihantar ke Sabah Sarawak macam aku, mesti korang rasa sangat serabut. Mana cukup seminggu nak buat preparation lagi, nak bersedia dari segi mental and fizikal lagi, nak merawat hati yang cedera lagi. Tapi itulah kenyataan yang perlu dihadapi. Lepas jek tau dapat Sarawak, perkara pertama yang datang dalam kepala otak ialah macam mana Beberapa hari kemudian, soarang demi sorang update kat FB yang diorang dapat call daripada KPM, bagitau ke mana kita ditempatkan dan apa yang harus dibawa ke sana. Macam aku, diorang cakap aku akan diterbangkan ke Miri. Tapi bila tanya Miri tu kat mana, diorang suruh telefon sendiri PPD.Yang buat sakit hatinya, PPD tak mau bagi tau nama sekolah. Entah apa sebabnya. Diorang suruh call balik 16/1/2012. Budak-budak yang dapat posting ke semenanjung kebanyakannya dah tau nama daerah, siap nama sekolah lagi. Kami ni? sabar je la... Oh ye, orang KPM tu jugak cakap, tiket flight tak payah beli. Kerajaan sponsor. Selesai satu masalah. Tapi bila nak terbangnya? Masa makin suntuk. 16/1/2012 tinggal tak berapa hari lagi. Apa yang kami buat ialah menunggu lagi panggilan dari KPM. Kali ni panggilan untuk bagitau bila akan terbang pulak. Isnin, 16/1/2012, budak-budak yang dapat posting ke semenanjung sudah mula melapor diri. Ada yang sudah update status di FB 'Alhamdulillah..sekolah best' bla bla bla. Kami yang dihantar ke Sabah Sarawak masih digantung tak bertali. Masalah tiket masih tak selesai lagi. Tapi preparation tetap kena buat. Walau hati tak rela, sumbat jugak baju-baju dalam beg AF tu. Buatnya KPM call cakap flight kita hari tu jugak, tak ke naya nak kemas. Last-last, seorang demi seorang update dekat FB, orang KPM dah call, bagitau tarikh flight dan tempat berkumpul. Penerbangan kami berperingkat-peringkat. Bukan serentak. Kalau tak silap aku, flight first ke Sibu, awal pagi 17/1/2012. Dan kami berkumpul di hotel Pan Pacific KLIA. 5 star punya hotel. Sebab nak beli jiwa kami letewww.... 16/1/2012 tu jugak, kami yang dipostingkan ke Sarawak dapat tau di sekolah mana kami ditempatkan. (JPN Sabah masih lagi merahsiakannya. Budak-budak yang dapat posting Sabah tau sekolah diorang once diorang sampai PPD). Aku di bahagian Miri, Daerah Subis. Sekolah Kebangsaan Rancangan Sepupok. FYI, kat Miri ada tiga PPD. PPD Miri, PPD Subis dan PPD Baram. Miri paling bandar, Subis macam kampung-kampung kat semenanjung zaman citer P. Ramlee dulu dan Baram paling dalam. Siapa yang dapat posting kat Baram, aku memang cakap awal-awal... KESIAN!!! Aku tak dapat call dari KPM yang menyatakan tarikh flight aku. Aku call sendiri, setelah beratus-ratus kali mencuba. Line memang sentiasa busy, tapi kena cekalkan hati jugak untuk picit butang-butang kat telefon tu. Kalau tak, hati tak tenang. Orang KPM cakap flight aku ke Miri pagi 19/1/2012. Aku kena ada kat hotel Pan Pacific tu by 18/1/2012, sebab malam tu kami ada taklimat. And kat hotel tu la aku jumpa ramai kawan-kawan baru. Dengar cerita diorang tentang sekolah diorang (based on apa yang orang PPD cerita melalui perbulan telefon diorang dengan pegawai PPD) buat hati yang celaru tambah serabut. Serious, kalau boleh lari, dah lama lari. Malam tu kami diberi taklimat. Pengisiannya tentang macam mana realiti kehidupan sebenar kami di sana. Diorang tunjukkan gambar yang buat otak berfikir dua tiga kali, betul ke keputusan yang aku buat ni..Huhu. Sebelum berpisah, org KPM tu bagi tau diorang dah tingkatkan keselamatan hotel. Jangan ada sesiapa yang cuba-cuba lari. Mula-mula pelik jugak. Tapi rupanya ada kisah di sebalik amaran tu. Malam sebelum tu, ada budak yang keluar senyap senyap dari hotel lepas sesi taklimat. Walaupun nampak macam quite coward, tapi aku rasa salah diorang jugak. Siapa suruh ceritakan benda-benda yang buruk-buruk tentang Sabah Sarawak pada kami. Kami ni (tak semua) ibarat askar yang tak cukup latihan, tapi dah diarahkan pergi berperang. Sebelum berperang kami ditunjukkan dengan kekuatan tentera musuh, senjata-senjata canggihnya dan mayat-mayat yang bergelimpangan. Yang kering hati jek yang mampu terus berjuang. Okey. nak pi solat jap. Lepas ni aku citer pulak tentang apa yang perlu dilakukan bila dapat tau kena posting alik nun... |
You are subscribed to email updates from di subis sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan