Ahad, 10 Jun 2012

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search

11 di simunjan sarawak - Google Blog Search


Kotai <b>Simunjan</b> Artis OKU Berbakat Besar | Bukit Besi Blog

Posted: 01 May 2012 08:59 AM PDT

Salam satu Malaysia. Siapa Kotai Simunjan? Mungkin ramai yang tidak kenal dan tidak tahu siapa Kotai Simunjan. Mungkin juga ramai yang sudah kenal melalui internet tetapi bukan melalui berita tv dan akhbar dan mungkin juga tiada perhatian atau hebahan yang dibuat untuk perkenalkan siapa artis OKU yang berbakat ini.

Kotai Simunjan adalah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang cacat penglihatan yang berasal dari kawasan pedalaman iaitu Simunjan, Sarawak. Kotai adalah nama beliau yang telah dipanggil oleh ayah dan ibu Kotai sejak dari kecil. Kotai mempunyai kebolehan yang sangat luar biasa iaitu menyanyi dan bermain gitar.

Saya berharap anda dapat meluangkan masa anda untuk beberapa minit bagi menyaksikan nyanyian dan petikan gitar daripada Kotai. Saya percaya anda akan terhibur dan kagum dengan kebolehan beliau. Pertama kali saya mendengarnya saya sangat kagum dan kehilangan kata-kata. Sila lihat semua video yang saya kongsikan di bawah.

Video Nyanyian Dari Kotai

Video Kotai Lagu Tinggal Kenangan Saleem Iklim

Video Kotai Lagu Gadis Melayu Jamal Abdillah

 Video Kotai Lagu dari filem Bawang Putih Bawang Merah

Apa pendapat anda setelah melihat dan mendengar nyanyian serta petikan gitar dari Kotai? Kagum bukan? All in one. Betapa hebatnya seorang yang cacat penglihatan bermain gitar dan menyanyi sehingga mampu mengalahkan orang normal. Bakat semulajadi beliau sepatutnya diketengahkan dan Kotai mampu pergi jauh sekiranya dibantu oleh mereka yang berpengalaman dan mempunyai pengaruh di dalam industri muzik Malaysia.

Kenapa orang seperti Kotai dipinggirkan? Kerana dia seorang yang buta? Kalau tidak silap saya, kita sudah tidak ada artis OKU di Malaysia seperti arwah S. Jibeng. Bagaimana pula S. Jibeng boleh dikenali? Kenapa tidak Kotai? Bukan niat saya untuk membandingkan antara Kotai dan S. Jibeng. Kotai seharusnya diangkat dan diiktiraf sebagai seorang artis OKU yang berkebolehan dan berbakat besar. Saya pasti ramai rakyat Malaysia yang sama pendapat dengan saya.

Kotai amat dikenali di laman YouTube. Kenapa masih tidak ada yang menyedari kebolehan beliau? Atau kerana Kotai seorang OKU maka dia tidak boleh diiktiraf sepertimana Yuna, Najwa Latiff dan lain-lain? Ke mana perginya semua komposer tanah air yang masih mencari bakat baru di Youtube atau di mana orang-orang kuat industri muzik di Malaysia?

Kepada mereka yang berkaitan dengan industri muzik di luar sana, berilah peluang kepada Kotai untuk membuktikan kebolehan beliau disamping untuk menyara kehidupannya. Cita-cita beliau adalah untuk menjadi seorang penghibur. Di Malaysia terlalu banyak pertandingan bakat nyanyian dan sebagainya tetapi untuk Kotai dan OKU menyertainya adalah sesuatu yang mustahil memandangkan syarat penyertaan adalah khusus kepada orang biasa.

Rujukan anda: http://simunjanautocolour.blogspot.com/

Nota: Saya mengiktiraf Kotai sebagai artis OKU yang paling best di Malaysia. Apa kata jika kita buat Akademi Artis OKU atau Pertandingan Bintang OKU atau OKU Idol di Malaysia? Kenapa masih tidak ada yang iktiraf artis OKU, kenapa ya?

Carian Popular Terkini:
  • jamal abdillah yang kacak
  • kotai oku
  • oku berbakat
  • oku sarawak
  • oku serawak blog
  • oku simunjan

Related posts:

  1. Surat Untuk Seorang Lelaki Kacak
  2. Hala Tuju Selepas SPM
  3. Tutorial Facebook Preview Picture
  4. Koleksi Bunga Orkid di Bukit Besi
  5. Selamat Tahun Baru 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads