ads

Jumaat, 29 Jun 2012

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

11 di sarikei sarawak - Google Blog Search


SUARA BEBAS TUARAN: Pelajar Lahirkan Bayi <b>Di</b> Asrama Sekolah

Posted: 29 Jun 2012 02:18 AM PDT

SUARA BEBAS TUARAN: Pelajar Lahirkan Bayi Di Asrama Sekolah

gambar hiasan

Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah dari Belawai dekat Sarikei, Sarawak dilaporkan melahirkan seorang bayi di asrama pelajar pada petang kelamarin (Rabu).
Kejadian itu turut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei DSP Dominic Josip (gambar kanan) yang dihubungi oleh pemberita semalam.
Dominic berkata, kejadian tersebut telah dilaporkan di Balai Polis Belawai pada sekitar jam 6 petang kelmarin oleh pembantu kesihatan dari klinik di kawasan terbabit.
  • Pembantu kesihatan tersebut dalam laporannya menyatakan bahawa dalam kejadian itu pihaknya telah didatangi pihak sekolah yang datang dalam keadaan yang tergesa-gesa bersama seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.
  • Pada masa yang sama beliau turut dimaklumkan oleh pihak sekolah terbabit bahawa pelajar perempuan yang dibawa oleh mereka itu telah melahirkan seorang bayi di asrama dan mengalami pendarahan.
  • Beliau turut dimaklumkan bahawa pihak tersebut turut membawa bayi yang dilahirkan itu bersama, tetapi malangnya bayi itu telah didapati meninggal dunia dalam perjalanan mereka membawanya menuju ke klinik terbabit.
Berikutan kejadian itu, pembantu kesihatan tersebut telah bertindak melaporkan kejadian itu ke Balai Polis Belawai.
Berdasarkan siasatan awal, Polis mendapati bahawa pelajar perempuan itu telah melahirkan bayi berkenaan di asrama sekolah pada tengah hari kelmarin.
  • Hasil siasatan Polis juga mendapati bahawa pelajar ter-babit telah bertindak menutup muka bayi yang dilahirkannya itu dengan sehelai tuala basah untuk mengelak daripada di-kesan pelajar lain.
  • Namun begitu akibat pendarahan yang serius berlaku kepadanya, akhirnya kejadian itu diketahui oleh pelajar lain, lantas bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah yang telah membawanya mendapatkan rawatan di klinik berkenaan, jelas Dominic.
  • Tambahnya, pendarahan serius yang berlaku kepada pelajar tersebut menyebabkan pihak klinik tersebut terpaksa merujuk pelajar terbabit ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya. Mayat bayi terbabit telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk proses bedah siasat.
Kejadian ini akan kami klasifikasikan sebagai kes kematian dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Namun begitu siasatan kes ini masih lagi dijalankan dan punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan Polis, kata Dominic.
Sumber: Utusan Borneo

POST YANG BANYAK DI KUNJUNGI


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SARAWAK

Copyright 2010 All Rights Reserved