11 di sarikei sarawak - Google Blog Search |
bumisepi.com » Blog Archive » Singgah sekejap <b>di Sarikei</b>, <b>SARAWAK</b> Posted: 03 Dec 2011 09:37 PM PST December 4th, 2011 | by abuadam | NOVEMBER 2011: Tujuan perjalanan ialah menziarahi beberapa keluarga saudara kita ('muallaf') dari kalangan kaum Iban yang memeluk Islam di Rumah Julin, Ulu Kota. Mereka tinggal di rumah panjang dan selepas memeluk Islam, terpaksa keluar duduk berasingan selepas diusir dari rumah panjang kerana tidak ikut serta dalam amalan penduduk rumah panjang yang bukan Islam seperti minum tuak dan korban babi jika berlaku kematian di rumah panjang. Kaum Iban majoritinya adalah pagan — penyembah pokok, angin, sungai dan objek pelik-pelik. Sebilangan kecil ialah Islam. Kristian mula bertapak di kawasan ini. Bro Nuzul dari Kuching yang turut serta dalam projek ini memberitahu lebih mudah untuk convert Iban Pagan ke Islam berbanding Iban Kristian. Ini adalah kerana paganism tiada pegangan yang kukuh. Satu lagi ialah kerana misionari Kristian mempunyai modal dan network yang besar dan hebat. Dia seorang Melayu yang boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Iban (maklumlah isterinya orang Iban). Katanya nak masuk Islam mudah saja, tetapi nak pastikan mereka kekal dalam Islam bukanlah mudah terutamanya apabila lokasi yang jauh. Satu bentuk sistem tarbiyah berterusan perlu diwujudkan. Sebab itulah Yayasan Amal Miri – sebuah pertubuhan bukan kerajaan – membawa sekali JAIS, Baitulmal Sarawak dan HIKMAH, sebuah NGO Islam di Sarawak ke Ulu Kota. Atas inisiatif semua, sebuah surau yang diberi nama Surau Al Azhar di Ulu Kota untuk keperluan 30 orang saudara baru yang menetap di situ telah dibina. Perjalanan dengan pacuan 4 roda dari Miri mengambil masa hampir 6 jam, melalui bandar Bintulu, Sibu dan Sarikei. Bertolak dari Masjid Piasau, Miri selepas solat Isyak, kami sampai di Sarikei jam 4 pagi, selepas berhenti rehat sekejap di Bintulu Iqrak Center (BIC). Sarikei dengan penduduk kurang dari 100,000 ialah bandar yang sederhana besar dan mudah di terokai. Jalan utamanya ialah Jalan Repok yang bermula dari jalan utama Kuching – Sarikei dan berakhir di pusat bandar, di mana terletak jeti bot penumpang ke Kuching dan Sibu melalui jalan air. Disitulah terletak pasar basah, pasar borong, rumah kedai. Plet kereta di sini bermula dengan QR (nombor terkini ialah QRG, contohnya QRG 7622). Kaedah pernomboran nombor plet kenderaan di Negeri Sarawak agak unik. Setiap bahagian (division) di Sarawak bermula dengan dua huruf di mana huruf pertama ialah Q, contohnya QM untuk Miri, QT untuk Bintulu, QL untuk Limbang, dsbnya). Aku tidak lama di Sarikei. Selepas solat Subuh di Masjid Muttaqin, kami bersarapan di waterfront dan seterusnya ke pasar mencari barangan untuk majlis kenduri pada malam hari di Ulu Kota sempena Maal Hijrah. Perjalanan masuk ke Pakan dan seterusnya Ulu Kota mengambil masa 2 jam melalui jalan balak. Sarikei dihubungkan dengan sistem jalanraya yang baik dengan bandar-bandar besar seperti Sibu, Bintangor, Kuching, Bintulu dan Miri. Bas ekspres antara bandar-bandar ini juga tersedia. Sebahagian stretch jalan tidak rata dan anda akan rasa melambung-lambung tetapi masih boleh dilalui oleh kereta biasa. Sarikei ke kawasan pendalaman seperti Pakan dan Julau, anda memerlukan kenderaan 4WD kerana jalan tanah merah dan berbukit bukau. Satu lagi method pengangkutan ialah bot laju atau dipanggil ekspres air. Semua bot laju dari Kuching ke Sibu akan singgah di Sarikei. Sibu ialah laluan sungai utama ke Kapit. AKAN DATANG: Miri. Kenapa anda perlu datang ke bandaraya ke 2 terbesar di Sarawak ini? |
You are subscribed to email updates from di sarikei sarawak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan