Khamis, 21 Jun 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Bung Brunggu dikenal pasti sebagai destinasi <b>...</b> - <b>Sarawak</b> Kini

Posted: 16 Jun 2012 07:06 PM PDT

KUCHING: Penempatan lama suku kaum Bisapug di Bung Brunggu, Kota Padawan dekat sini dikenal pasti sebagai destinasi biopelan-congan yang berpotensi tinggi.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit memberitahu, tapak penempatan Bisapug yang dibuka lebih 300 tahun lalu itu mempunyai enam produk yang boleh dijadikan tarikan untuk menggalakkan ke- datangan pelancong asing ke Sarawak.

"Setiap produk tersebut amat istimewa kerana mempunyai kisah dan sejarah di sebaliknya. Malahan, pengunjung juga berpeluang melihat sendiri kawasan penempatan Bisapug serta kesan peninggalannya yang berusia ratusan tahun.

"Untuk keselesaan pengunjung, kita akan membina laluan jalan kaki yang lebih baik dan juga sebuah muzium yang diperbuat dari buluh untuk menyimpan artifak-artifak lama yang dijumpai di tapak tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Mendaki Bung Brunggu di Kampung Sarig, Kota Padawan dekat sini, semalam.

Dawos yang juga Ahli Parlimen Mambong memberitahu, produk pertama adalah sistem pertahanan kaum Bisa-pug suatu ketika dahulu iaitu longgokan kayu yang diikat di kawasan cerun, kira-kira securam 40 darjah.

Menurutnya, ia boleh membunuh pihak musuh sebelum sempat tiba di kawasan pe-nempatan Bisapug.

Selain itu, katanya, pengunjung juga berpeluang untuk melihat tempat menuai madu iaitu di pokok tapang, yang turut dilengkapi dengan tangga diperbuat daripada buluh.

Bung Brunggo juga, kata-nya, mempunyai kawasan mata air terbersih dan air terjun yang cantik.

"Pengunjung juga berpe-luang melawat tapak perku-buran lama yang dipenuhi dengan pokok manggis, yang dipercayai dapat melindungi roh si mati," katanya.

Beliau berkata, ia adalah lebih sesuai untuk menerima pakai dan membangunkan biopelancongan kerana apabila pelancong datang, mereka bercuti dan tidak mahu mang-hadapi masalah apabila ber-jalan di dalam hutan dara.

"Mereka mahu keselesaan dan mahu berjalan di laluan pejalan kaki dan apabila kemudahan ini disediakan, ia bukan ekopelancongan tetapi biopelancongan," jelasnya.

Beliau menambah, hanya tiga peratus daripada pelancong asing memilih untuk ke lokasi ekopelancongan tahun lepas.

Dawos turut memberitahu, sebuah tempat penginapan berasaskan eko akan dibina di kawasan tersebut.

"Ia akan dikendalikan oleh Persatuan Bisapug Sarawak. Kita akan meminta mereka menghantar kertas cadangan dan kemudian kita dapat menjangka berapa peruntukan diperlukan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bisapug Sarawak Paul Kawin Pipo memberitahu, mereka juga akan mengemukakan cadangan untuk menukar kawasan sekitar 250 ekar itu kepada tapak warisan sejarah.

Menurutnya, penempatan yang dibuka sebelum era pemerintahan James Brooke itu suatu ketika dahulu mempunyai 200 pintu, namun dibakar oleh lanun dan hanya 15 keluarga yang masih hi-dup dari insiden tragik ter-sebut.

"Kita merupakan keturunan 15 keluarga yang hidup tersebut. Hari ini, perkampungan Bisapug dibahagikan kepada Simpok, Sarig, Mundai, Pesa yang mempunyai 650 kesemuanya, dengan jumlah populasi seramai 7,000 orang," katanya.

Sebagai tambahan kepada nilai sejarah di Bung Brunggu yang setinggi 600 meter itu, ia turut mempunyai pelbagai flora dan fauna yang unik.

Semasa lawatan tapak pada 15 Mei lalu, persatuan itu yang ditemani seorang perunding dan pakar alam sekitar Dr Alexander Sayok, menjumpai banyak artifak termasuk pasu dan duit siling yang sekali gus membuktikan wujud aktiviti perdagangan antara orang kampung dan pedagang Cina 300 tahun lalu.

Pelbagai jenis herba dan tumbuhan juga dapat ditemui, termasuk pokok buluh yang besar, selain spesies ketam darat yang amat kecil.

Paul memberitahu, mereka juga akan mengemukakan cadangan untuk menaik taraf infrastruktur, seperti mem-bina pusat maklumat pelancong.

Bung Brunggu terletak kira-kira 40 minit menaiki kereta dari Kuching dan perjalanan ke puncak mengambil masa 35 minit, bergantung kepada individu.

Kredit : Utusan Borneo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads