Sabtu, 2 Jun 2012

11 di padawan sarawak - Google Blog Search

11 di padawan sarawak - Google Blog Search


Yumida: Mini Giveaway by CikHannah : Jom Jejalan

Posted: 01 Jun 2012 05:56 AM PDT

Cadangan LOKASI PERCUTIAN yg sesuai utk Hannah & family:
Cik Hannah Sefamili...Jom Melancong ke KUCHING, SARAWAK!!!
Tempat-tempat MENARIK bakal dilawati Cik Hannah Sekeluarga ialah:

 

1) Kampung Budaya Sarawak
Tempat ni terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat Sarawak. Hannah & famili juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Mmg bez! Super awesome! Terpegun bila tengok persembahan diorang nanti.
2) Pasar Minggu di Jalan Satok

 

Pastikan tempat ni mesti di pergi! Pasar yang menarik ni menawarkan peluang melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Selain tu, pakaian juga dijual di sederet gerai. Pasar ni sgt panjang, pastinya menjamin kepuasan dan keseronokan buat Hannah Sefamili semua. Berada di sini jangan sesekali lupa untuk singgah di pasar yang menjual ikan terubok masin. Harga memang murah berbanding di tempat-tempat lain. Lagi pandai menawar lagi berbaloi la jawabnya =) Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka pada hari Sabtu petang dan pasar Ahad ini bermula pada jam 5 pagi.

 

Antara tempat yang mesti dilawati ialah Kuching Waterfront yang mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, Hannah Sekeluarga boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah.
Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di sini kerana di sinilah antara sumber ole-ole Hannah Sekeluarga untuk saudara mara dan sahabat bila balik nanti.
4) Taman Negara Gunung Gading
Hannah Sekeluarga juga berpeluang ke Taman Negara Gunung Gading, yang mana ia adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah, hanya dua jam jauhnya dari bandar Kuching. Pelawat yang datang ke sini mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya.
Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelawat berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading.
Terletak 37 km dari Kuching Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Taman ni merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Menarik kan? Memang sesuai untuk aktiviti Hannah sekeluarga. Camera jangan lupa! J
Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia - Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari Semenanjung dan negara asing. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sana dengan harga yang berpatutan.
Di pasar Serikin ini, Hannah & Famili dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada terdapat di Malaysia. Barangan yang dijual amat unik dan menarik hati. Biasanya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan 'janjan', barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan amat kreatif. Ianya nanti bakal Hannah sekeluarga jadikan cenderamata atau cenderahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan bila balik nanti. Pasar Serikin ni di buka  pada sabtu dan ahad sahaja (7pagi-4ptg)
Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di Malaysia. Paling bez..Hannah sekeluarga bakal menyaksikan demo memberi makan buaya yang ada di sini. Mcm bez...n macam menggerunkan jugak kan? Hihi..
8) Kedai Kek Lapis Dayang Salhah
Klo Hannah nak tahu Kek Lapis Sarawak amat popular sehingga mereka yang datang berkunjung ke Sarawak tidak akan melepaskan peluang untuk membawa pulang kek lapis sarawak sebagai buah tangan. Antara tempat menarik di Bandaraya Kuching yang popular ialah kek lapis Mariam di Satok, Kuching dan juga kek lapis Dayang Salhah di Kampung Boyan, di seberang Sungai Sarawak (bertentangan dengan Hotel Holiday Inn Kuching). Seberang sungai ini dihubungkan dengan jambatan, tetapi pengunjung juga boleh memilih untuk menaiki sampan pada harga tambang dari 30 ke 50 sen sahaja. Pengalaman menggunakan sampan mmg bez!
***********************************************************************
Memikirkan bajet hotel untuk penginapan Hannah Sekeluarga mungkin melibatkan kos yg tinggi. Jadi, sini saya syorkan Hannah tempat penginapan terbaik..lagi menjimatkan!
Guesthouse/Homestay di Kuching- klo Hannah berminat blh hubungi  mkj243 di talian 0138186053
Rumah teres korner(TEPI) setingkat yang BARU berdekatan dengan pusat bandar.
Halaman luas dan bersih, boleh memuatkan 6 buah kereta.
Lokasi :
10 minit ke pusat bandar.
20-30 minit ke Santubong, Damai dan Kampung Budaya.
20 minit ke Lapangan terbang.
10-15 minit ke waterfront, muzium sarawak dll.
Kemudahan:
3 bilik - setiap bilik ada katil dan kipas
Ruang tamu - sofa, TV, kipas.
Dapur - meja makan, dapur, peralatan memasak dan pinggan mangkuk.
Tandas - sabun percuma dan tuala (dibersihkan selepas setiap penyewaan)
* Kemudahan lain yang dirancang ialah tempat BBQ, tempat permainan anak-anak dan lanskap.
Berdekatan: Choice super Mall, Normah Medical Specialist Hospital, Pusat penjaja malam, surau dan lain-lain
* dibekalkan periuk nasi elektrik untuk menjimatkan belanja
Rate - RM150 semalam.
*********************************************************************************************
-shawlnya yg cantik, juga menampilkan pelbagai gaya & style, semestinya shawl dari Sweet Honey memenuhi citarasa pemakai hijab

-harganya juga berpatutan, boleh dibeli golongan remaja, yg mana para remaja menggemari fesyen2 semua jenis shawl
-paling menambat hati: modelnya yg cantik! ayu gitu..membuatkan hati sesiapa sahaja tertarik utk membeli
-ruangan promosi yg menarik hati - amat2 kebabom utk di terjah - plus FREE POSTAGE! Tanpa caj penghantaran! Memang awesome laaaa! 
-takjub dgn cara promosi perniagaan shawl yg mana dipasarkan secara meluas sehingga terpampang di dada MAJALAH NUR-bulan MEI 2012??? Memang super cool la! Juga di facebook..of course sy akan like! coz nak tengok shawl2 yg trendy
-menyediakan rujukan lengkap utk kemudahan pembeli melalui email - memang urusan jual beli yg mudah & senang!
-paling penting meletakkan no. pendaftaran perniagaan yg mana bg membuktikan kewujudan syarikat. Mmg xde rasa was2 nak beli n order!
-mmg lengkap! siap disertakan kaedah pembayaran. Hmmmm...saya pengguna maybank2u.com...ahahak...memudahkan urusan jual beli...sedang mengexplore shawl pujaan hati
-tutorial menggunakan hijab?? wow! amazing...sy guna tudung biasa jer..jenis main masuk..hmmm..dgn tutorial ni, dpt skill memperaga tudung
-juga menyediakan ruangan iklan...beznya...rm100 per month..mmg berbaloi mempromosi perniagaa kat scarfsweethoney.com yg sentiasa menjadi tumpuan ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads