Isnin, 18 Jun 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


MasihaSulaimi: Pengalaman pertama <b>di Marudi</b>, Baram.

Posted: 13 Jun 2012 09:02 PM PDT


Assalaamualaikumwarahmatullahi wa barakaatuh...
Hai guyz...jujur aku cakap memang aku tak terbayang macam mana keadaan Pekan Marudi, Baram, Sarawak bila diberitahu oleh pegawai PPD Baram yang menjemput aku dan kawan-kawan yang lain di airport Miri. 
Aku sampai di airport Miri dalam pukul 10.40 pagi. Ketika itu cuaca berbeza sekali berbanding semasa aku berlepas dari KLIA, hujan masih renyai-renyai dengan catatan suhu ketika itu 26 darjah celcius. Ketibaan aku dan kawan-kawan yang lain disambut oleh wakil PPD Baram, iaitu Cikgu Zamahri. Orangnya baik dan peramah. Kami diberi sedikit penerangan tentang PPD Baram.
Aku dimaklumkan bahawa PPD Baram terletak di Marudi iaitu pusat pentadbiran daerah Baram. Perjalanan dari Miri ke Pekan Marudi mengambil masa selama 2 jam dengan menaiki pacuan empat roda melalui jalan darat. Bayaran cuma RM40 saja. Selain itu, boleh juga menggunakan laluan udara iaiti dengan menaiki MAS Wing yang mengambil masa lebih kurang 10-15 minit dari airport Miri. Tambangnya mahal skit, dalam sekitar RM60-RM100. Kalau nak rasa naik bot menyusuri Sungai Baram, boleh guna bot ke Kuala Baram. Pastu amik teksi ke bandar Miri.
Pengalaman pertama aku melalui jalan darat sangat mencabar emosi dan fizikal aku dan kawan-kawan yang lain. Aku merasakan itulah pengalaman yang paling ekstrim yang pernah aku lalui seumur hidup aku. Perasaan aku waktu usah cakapla...bercampur baur. Takut pun ada sebab jalan berbukit yang mempunyai cerun yang sangat curam. Kalau tersilap langkah, kereta yang aku naik tu boleh terbabas jatuh ke dalam gaung. Korang boleh bayangkan macam mana perasaan aku kan. Tapi, pada masa yang sama, aku rasa best jugak. Kenapa? Sebab macam naik roller coster korang tahu. Huhu. Memang BEST!
Jangan disangka tak der sungai. Aderrrr...dua batang sungai lagi korang tahu. Nak seberang sungai ni plak, aku dan penumpang lain perlu menaiki feri. Feri? Alaaaa...feri macam kat Penang tu. Cuma yang bezanya, feri di Baram takder bumbung. Yang ada cuma lantai saja untuk mengangkut kenderaan-kenderaan tersebut. Satu feri boleh memuatkan dua biji kereta pacuan 4x4.
Selepas melepasi sebatang sungai yang terakhir, iaitu Sungai Baram, akhirnya kami pun sampai di PPD Baram. Kawan-kawan aku semuanya dah mabuk, pening-pening sebab tak biasa dengan keadaan jalan yang teruk macam tu. Nasib baik aku ok2 je. Hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads