Selasa, 12 Jun 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

sarawakpage » Bersatu demi pembangunan

Posted: 27 Mar 2011 09:11 AM PDT

Rakyat Baram diingat terus kekal perpaduan, kerjasama demi kesinambungan pembangunan daerah itu

RASMI: Taib melancarkan Masjid Darussalam di Marudi sambil diperhatikan Jabu (kanan), Sylvester (dua kanan) serta tetamu kehormat yang lain, semalam

MARUDI: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan rakyat di Baram agar terus mengekalkan semangat perpaduan dan kerjasama bagi meneruskan kesinambungan pembangunan di daerah itu.

Beliau memberitahu, perpaduan amat penting khususnya di kalangan rakyat berbilang kaum seperti Cina, Melayu, Iban dan Orang Ulu, jika tidak kestabilan yang ada pasti terjejas.

"Masyarakat pelbagai kaum harus bersatu padu. Melalui permuafakatan ini, barulah kita dapat membawa lebih banyak pembangunan khususnya ke kawasan pedalaman seperti Baram," katanya.

Taib berkata demikian semasa berucap merasmikan Masjid Besar Daerah Marudi di Kampung Dagang di sini semalam.

Pada majlis yang sama, Taib menamakan masjid itu dengan nama baru iaitu Masjid Darussalam yang membawa maksud perpaduan.

Masjid tersebut dibina dengan kos RM3.32 juta dan mampu menampung seramai 1,200 jemaah dalam dua dewan.

Dalam pada itu, Taib mengingatkan penduduk Baram supaya menolak politik pembangkang yang penuh dengan kepalsuan dan hanya merosakkan perpaduan yang sudah wujud sejak sekian lama.

"Kerajaan telah merancang pembangunan dalam masa 20 tahun akan datang, iaitu untuk orang Melayu, Cina, Iban dan Orang ulu. Justeru sokongan berterusan perlu bagi membolehkan kita melaksanakan pembangunan ini," katanya.

Taib dalam ucapan seterusnya melahirkan rasa puas hati terhadap masyarakat Iban di kawasan Poyut dan Lubok Nibong kerana bersetuju membangunkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka.

"Projek ini melibatkan kawasan Lubok Nibong, Sebatang, Sungai Pasir Putih dan Sungai Dabai seluas 15,000 hektar dan sekiranya sudah dibangunkan kelak, maka kita dapat membuka estet sawit di kawasan itu," katanya sambil menambah estet sawit itu mampu menjana pendapatan sebanyak RM30,000.

Selain itu, kerajaan akan memperluaskan projek yang sama ke Long Lama dan Ulu Baram bagi meningkatkan sumber pendapatan rakyat di situ sekali gus membaiki taraf hidup mereka.

Mengenai pembinaan Jalan Miri-Marudi, Taib berkata ia akan merancakkan usaha kerajaan membawa pembangunan ke kawasan luar bandar seperti Baram.

"Apabila jalan ini (jalan) siap nanti, masyarakat Baram dapat membawa dan memasarkan produk masing-masing ke kawasan bandar berhampiran seperti Miri. Ini sudah pastinya menguntungkan rakyat," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadilah Yusof, Menteri di ejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman dan Menteri Muda Bekalan Air dan Kemajuan Tanah, Sylvester Entri Muran.Rakyat Baram diingat kekal perpaduan, kerjasama demi kesinambungan pembangunan

Oleh WB Ongie

MARUDI: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan rakyat di Baram agar terus mengekalkan semangat perpaduan dan kerjasama bagi meneruskan kesinambungan pembangunan di daerah itu.

Beliau memberitahu, perpaduan amat penting khususnya di kalangan rakyat berbilang kaum seperti Cina, Melayu, Iban dan Orang Ulu, jika tidak kestabilan yang ada pasti terjejas.

"Masyarakat pelbagai kaum harus bersatu padu. Melalui permuafakatan ini, barulah kita dapat membawa lebih banyak pembangunan khususnya ke kawasan pedalaman seperti Baram," katanya.

Taib berkata demikian semasa berucap merasmikan Masjid Besar Daerah Marudi di Kampung Dagang di sini semalam.

Pada majlis yang sama, Taib menamakan masjid itu dengan nama baru iaitu Masjid Darussalam yang membawa maksud perpaduan.

Masjid tersebut dibina dengan kos RM3.32 juta dan mampu menampung seramai 1,200 jemaah dalam dua dewan.

Dalam pada itu, Taib mengingatkan penduduk Baram supaya menolak politik pembangkang yang penuh dengan kepalsuan dan hanya merosakkan perpaduan yang sudah wujud sejak sekian lama.

"Kerajaan telah merancang pembangunan dalam masa 20 tahun akan datang, iaitu untuk orang Melayu, Cina, Iban dan Orang ulu. Justeru sokongan berterusan perlu bagi membolehkan kita melaksanakan pembangunan ini," katanya.

Taib dalam ucapan seterusnya melahirkan rasa puas hati terhadap masyarakat Iban di kawasan Poyut dan Lubok Nibong kerana bersetuju membangunkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka.

"Projek ini melibatkan kawasan Lubok Nibong, Sebatang, Sungai Pasir Putih dan Sungai Dabai seluas 15,000 hektar dan sekiranya sudah dibangunkan kelak, maka kita dapat membuka estet sawit di kawasan itu," katanya sambil menambah estet sawit itu mampu menjana pendapatan sebanyak RM30,000.

Selain itu, kerajaan akan memperluaskan projek yang sama ke Long Lama dan Ulu Baram bagi meningkatkan sumber pendapatan rakyat di situ sekali gus membaiki taraf hidup mereka.

Mengenai pembinaan Jalan Miri-Marudi, Taib berkata ia akan merancakkan usaha kerajaan membawa pembangunan ke kawasan luar bandar seperti Baram.

"Apabila jalan ini (jalan) siap nanti, masyarakat Baram dapat membawa dan memasarkan produk masing-masing ke kawasan bandar berhampiran seperti Miri. Ini sudah pastinya menguntungkan rakyat," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadilah Yusof, Menteri di ejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman dan Menteri Muda Bekalan Air dan Kemajuan Tanah, Sylvester Entri Muran.Oleh WB Ongie

MARUDI: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan rakyat di Baram agar terus mengekalkan semangat perpaduan dan kerjasama bagi meneruskan kesinambungan pembangunan di daerah itu.

Beliau memberitahu, perpaduan amat penting khususnya di kalangan rakyat berbilang kaum seperti Cina, Melayu, Iban dan Orang Ulu, jika tidak kestabilan yang ada pasti terjejas.

"Masyarakat pelbagai kaum harus bersatu padu. Melalui permuafakatan ini, barulah kita dapat membawa lebih banyak pembangunan khususnya ke kawasan pedalaman seperti Baram," katanya.

Taib berkata demikian semasa berucap merasmikan Masjid Besar Daerah Marudi di Kampung Dagang di sini semalam.

Pada majlis yang sama, Taib menamakan masjid itu dengan nama baru iaitu Masjid Darussalam yang membawa maksud perpaduan.

Masjid tersebut dibina dengan kos RM3.32 juta dan mampu menampung seramai 1,200 jemaah dalam dua dewan.

Dalam pada itu, Taib mengingatkan penduduk Baram supaya terus menyokong polisi pembangunan kerajaan dengan memperkukuhkan perpaduan yang sedia wujud sejak sekian lama.

"Kerajaan telah merancang pembangunan dalam masa 20 tahun akan datang, iaitu untuk orang Melayu, Cina, Iban dan Orang ulu. Justeru sokongan berterusan perlu bagi membolehkan kita melaksanakan pembangunan ini," katanya.

Taib dalam ucapan seterusnya melahirkan rasa puas hati terhadap masyarakat Iban di kawasan Poyut dan Lubok Nibong kerana bersetuju membangunkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka.

"Projek ini melibatkan kawasan Lubok Nibong, Sebatang, Sungai Pasir Putih dan Sungai Dabai seluas 15,000 hektar dan sekiranya sudah dibangunkan kelak, maka kita dapat membuka estet sawit di kawasan itu," katanya sambil menambah estet sawit itu mampu menjana pendapatan sebanyak RM30,000.

Selain itu, kerajaan akan memperluaskan projek yang sama ke Long Lama dan Ulu Baram bagi meningkatkan sumber pendapatan rakyat di situ sekali gus membaiki taraf hidup mereka.

Mengenai pembinaan Jalan Miri-Marudi, Taib berkata ia akan merancakkan usaha kerajaan membawa pembangunan ke kawasan luar bandar seperti Baram.

"Apabila jalan ini (jalan) siap nanti, masyarakat Baram dapat membawa dan memasarkan produk masing-masing ke kawasan bandar berhampiran seperti Miri. Ini sudah pastinya menguntungkan rakyat," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadilah Yusof, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman dan Menteri Muda Bekalan Air dan Kemajuan Tanah, Sylvester Entri Muran.

Source: Utusan Borneo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads