Khamis, 14 Jun 2012

11 di lawas sarawak - Google Blog Search

11 di lawas sarawak - Google Blog Search


Perjalanan Dari Kota Kinabalu Ke <b>Lawas</b>, <b>Sarawak</b> | my.Mustaffa

Posted: 09 Jun 2012 09:11 PM PDT

Hz Tours - No.1 Muslim Online Travel Agency

Lawas Waterfront

BERPIJAK DI BUMI KENYALANG – Semalam saya dan keluarga tidak merancang untuk ke Lawas, Sarawak. Pada asalnya kami cuma mahu ke Beaufort untuk makan nasi ayam saiz XXL (isteri tengah mengidam) :)

Kami bergerak dari rumah pada jam 10.40 pagi dan sampai di Beaufort pada jam 12.00 tengah hari. Kami menjamu selera dan menghilangkan penat. Hampir sejam kami berada di Beaufort, kemudian saya terfikir pula nak bawa mereka ke Lawas, Sarawak. Isteri pula tak membantah pertukaran rancangan yang sepatutnya selepas makan terus balik ke Kota Kinabalu. Anak-anak usah ditanya, memang ok jer.

Memandangkan cuaca amat baik dan saya dapati aliran trafik pun kurang, saya teruskan niat tersebut. Pada jam1.00 petang kami mula bergerak ke Sipitang, Sindumin, Merapok dan 3 jam kemudian, kami tiba di Lawas dengan selamatnya. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Lawas saya catatkan lebih kurang 214km jaraknya.

Kalau memang dirancang perjalanan  ini, sudah pasti kami membawa pakaian dan bermalam di Lawas. Seronok juga melihat anak-anak yang gembira walaupun kepenatan. Banyak juga perjalanan yang dirancang rapi sebelum ini tidak menjadi. Rancangan last minutes juga yang menjadi.

Pada perjalanan kami ini juga, saya langsung tidak merancang untuk melawat tempat menarik di sana. Cukuplah sekadar pusing-pusing masuk bandar dan berrehat di Tebingan Sungai Lawas (Lawas Waterfront).

Pada jam 4.00 petang kami bergerak balik ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan balik, kami singgah makan Sate Sipitang dan ke Tamu Papar.

Perjalanan akan datang kami bercadang ke Labuan dan Tawau.

Gambar kami di Lawas, Sarawak

Hotel Seri Malaysia Lawas

Bercuti Di Lawas, Sarawak

Bercuti Di Lawas, Sarawak

Bercuti Di Lawas, Sarawak

Bercuti Di Lawas, Sarawak

Bercuti Di Lawas, Sarawak

Bercuti Di Lawas, Sarawak

Bercuti Di Lawas, Sarawak

Bercuti Di Lawas, Sarawak

Bercuti Di Lawas, Sarawak

Info Mengenai Lawas

Daerah Lawas merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Limbang, Negeri Sarawak. Kedudukan Daerah Lawas yang stragetik iaitu bersempadan dengan Negeri Sabah dan Negara Brunei Darussalam serta Wilayah Persekutuan Labuan menjadikan Daerah Lawas sebagai tumpuan pelancong luar terutamanya penduduk Brunei. Nama Lawas adalah satu perkataan Melayu dalam kamus yang bererti sebuah kawasan yang luas dan lapang. Nama ini terdapat juga di Sumatera, iaitu Padang Lawas dan orang Melayu adalah yang terawal membuka dan menduduki lembah Sungai Lawas. Keadaan alam semulajadi yang berbukit bukau serta kehijauan floranya menjadikan Lawas daerah yang kaya dengan segala hasil tanaman buah-buahan serta sayur-sayurannya. Masyarakat di lawas terdiri daripada penduduk suku kaum Lunbawang, Kedayan, Melayu Brunei, Murut Tagal dan Cina. dan bahasa utama yang dituturkan Melayu Brunei, Kedayan serta Lunbawang.

Lawas juga telah dikenali sebagai antara daerah di Sarawak yang terkenal dengan kebersihan dan keindahan. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa kejayaan pihak Majlis Daerah Lawas menjuarai pertandingan Program Bersih dan Indah di samping mewakili Negeri Sarawak di peringkat Kebangsaan. Suasana di Lawas amat tenang dan nyaman kerana terhindar dari kesibukan kota raya dan sesuai bagi seseorang yang ingin menghilangkan rasa tekanan di tempat kerja dan ingin lari dari kesibukan kota metropolitan.

Sama seperti di Limbang, pekan Lawas merupakan salah satu transit yang paling sibuk kerana terletak diantara Sarawak, Sabah, dan Brunei. Perusahaan kayu balak dan pertanian merupakan ekonomi yang utama di sini. Kawasan tanah tinggi yang dikenali sebagai Ba'Kelalan terkenal dengan keunikannya iaitu pengeluaran buah epal dan oren yang boleh didapati di kawasan tanah tinggi Ba'kelalan.. Selain itu pelancong juga boleh merasai keindahan suasana perkampungan kaum Lun Bawang dan dapat mempelajari budaya mereka disamping suasana iklim yang sejuk dan nyaman. Pada masa ini kebanyakan tanah di Lawas, Sundar serta Trusan telah berubah dari sawah padi ke dalam ladang kelapa sawit.

Salah satu tarikan pelancongan yang paling popular di Lawas ialah Tamu Lawas, yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Produk tempatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan produk laut yang dijual oleh penduduk tempatan dalam pasaran ini yang sering dikunjungi oleh penduduk tempatan dan orang-orang dari daerah Temburong Brunei. Selain Tamu Lawas, antara tempat-tempat menarik di Lawas ialah Pantai Punang, Pantai Sungai Bangat, Pa'Lelau di Merarap, gunung Murud, Kampung udara Terjun (sepanjang Jalan Trusan). Kampung Awat-awat adalah kampong air yang unik, serupa dengan Kampung air di Brunei tetapi yang lebih kecil dan pelancong boleh mencuba makanan tradisi Lawas iaitu ambuyat dan ikan tahai serta merasai sendiri proses penghasilan ikan tahai di kampong air tersebut. Pengangkutan utama ke kampong air awat-awat ialah perahu (bot) untuk menyeberang sungai. Selain itu pelancong yang mempunyai hobi memancing juga boleh mencuba memancing udang galah di sungai lawas kerana sungai lawas juga terkenal dengan udang galahnya yang banyak.

VN:F [1.9.17_1161]

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)

VN:F [1.9.17_1161]

Perjalanan Ke Lawas, Sarawak Yang Tidak Dirancang, 10.0 out of 10 based on 2 ratings Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads