Jumaat, 1 Jun 2012

11 di kuching sarawak - Google Blog Search

11 di kuching sarawak - Google Blog Search


Hari ketiga <b>di kuching sarawak</b>

Posted: 29 May 2012 08:27 AM PDT

Hari ni dah masuk hari kedua bekerja dan sudah 3 hari aku berada di kuching, perasaan berada berjauhan dengan isteri dan anak-anak begitu terkesan cuma aku cuba untuk berfikir secara positif dengan membayangkan mereka yang memang berada jauh dengan keluarga dan kerja secara tetap di satu tempat yang jauh

Macam jadi catatan harian pula blog ini tapi apa2 pun aku memang nak juga menulis untuk memenuhi masa yang ada disini, sekurang-kurangnya dapat juga mengubat kerinduan kepada keluarga aku..serius rindu sangat dekst mereka bertiga

Tadi sempat keluar makan dekat area kubah ria, satok bersama2 dengan pembantu aku yang menolong aku sepanjang sebulan aku disini, macam biasa bila dapat keluar tu rasa macam dapst meredakan sedikit perasaan sunyi berada dikejauhan.

Hari kedua kerja disini dah mula ada gangguan dan cabaran yang kena tempuhi dan tambahan pula aku sebagai ketua disini..sebarang keputusan aku yang kena muktamadkan..sebenarnya bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin yang mana keputusan yang dibuat perlu pertimbangan yang profesional, itulah yang aku hadapi dan tanggungjawab sebagai ketua untuk mempertahankan orang yang berada dibawah aku selagi mereka membuat kerja mengikut prosuder ysng ditetapkan dan betul.

20120529-233538.jpg

Banyak benda yang sensitif yang tak boleh aku nak cerita dalam blog ini dan apapun ianya merupakam cabaran untuk aku dan juga pembantu aku. Amanah yang telsh diberikan akan dilaksankan sebaik mungkin dan bertindak profesional dalam membuat keputusan.

Itu sahaja untuk hari ini dan harapnya kami dapat melaluinya sehingga 22 jun nanti, insyaAllah

Nota : Tengahari tadi dah confirmkan tiket untuk balik kl pada 22 jun petang serta dah suruh kerani pejabat aku extra luggage balik nanti, masa datang sini bawak barang kerja hingga kena charge extra luggage sampai 200 lebih

Artikel yang berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads