Isnin, 28 Mei 2012

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search

11 di sri aman sarawak - Google Blog Search


Wajah manusia <b>di</b> cengkerang Labi Labi - Utusan <b>Sarawak Sri Aman</b>

Posted: 09 May 2012 02:52 AM PDT


Caption: GANJIL...Kisah kewujudan corak wajah manusia di cengkerang Labi-Labi berkenaan telah mula menjadi buah mulut orang ramai pada masa sekarang.
SRI AMAN, Jumaat (27 April) – Kewujudan gambaran wajah manusia di bahagian belakang sejenis haiwan akuatik sungai iaitu Labi-Labi atau Tong-Tong mula menjadi buah mulut sesetengah penduduk di Bandar Sri Aman pada masa sekarang.
Semenjak gambarnya mula dicetak dan dijual ketika berlangsungnya Program Jelajah AJARR 2011 di Taman Panorama Benak baru-baru ini, rata-rata penduduk mula menyimpan rasa ingin tahu mengenai latar belakang kisah kejadian ganjil berkenaan.
Untuk itu, Utusan Sarawak telah melakukan siasatan sebelum berjaya mendapatkan gambar sebenar dan butiran lanjut disebalik kejadian ukiran gambar manusia yang terdapat di belakang haiwan akuatik terbabit kelmarin.
Menurut sumber, Labi-Labi tersebut sebenarnya telah dipelihara oleh anak kepada seorang ketua masyarakat Iban yang terkenal di Sri Aman semenjak dari kecil bermula akhir tahun lepas.
Apabila Labi-Labi tersebut mula membesar sehingga mencapai ukuran sepanjang 17 sentimeter, si bapa kemudiannya mula mengesan corak aneh yang terdapat di atas cengkerang lembut haiwan berkenaan.
"Ketua masyarakat Iban itu mula ternampak corak wajah manusia di atas Labi-Labi tersebut. Corak wajah berkenaan kian tampak jelas apabila haiwan akuatik sungai terbabit mula membesar," kata sumber.
Disebabkan oleh rasa bimbang berhubung kejadian aneh tersebut, ketua masyarakat Iban itu kemudiannya bertindak menyerahkan haiwan berkenaan kepada seorang sami yang tinggal di bandar ini.
Sumber turut menambah bahawa Labi-Labi ganjil tersebut telah dipelihara oleh sami berkenaan sehingga gambarnya mula dicetak atas kertas kecil dan jual kepada orang ramai menerusi program Jelajar AJARR 2011 pada hari Sabtu lepas.
"Saya tidak pasti sama ada kejadian itu aneh atau kebetulan. Mungkin 'unik' adalah perkataan yang boleh kita gunakan bagi mengambarkan kejadian itu memandangkan jarang ada Labi – Labi yang mempunyai corak atas cengkerang lembut badan mereka.
"Saya akan memelihara haiwan tersebut sehingga ia membesar jika saya memilikinya. Namun dalam kejadian ini, ia adalah keputusan ketua masyarakat tersebut untuk berbuat demikian," katanya.
Gambar Labi-Labi bercorak ganjil itu kini sudah mula disebarkan oleh pemilik telefon bimbit di Bandar Sri Aman dan tidak mustahil akan menjadi buah mulut orang ramai dalam masa terdekat kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads