Khamis, 31 Mei 2012

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search

11 di samarahan sarawak - Google Blog Search


Sebanaku <b>Sarawak</b>: Mukasurat Depan Utusan <b>Sarawak</b> menolak <b>...</b>

Posted: 12 May 2012 03:44 AM PDT


Dewasa ini lebih ramai orang samarahan menolak calon wanita untuk parlimen samarahan.  Orang kuat Hamzah Ibrahim ketua pemuda PBB Zon Samarahan iaitu Kanselor Daily mengeluarkan kenyataan akhbar mukasurat depan Utusan Sarawak bahawa beliau mahu calon lelaki, tempatan dan ahli PBB.  Inilah Kanselor yang dikehendaki iaitu lantang bersuara menyatakan kehendak sebenar akar umbi.  Kanselor-kanselor lain patut belajar dan lebih berani memberi kenyataan politik.  District Officer Asajaya Rubiah Wang bukan sahaja bukan lelaki tetapi beliau bukan ahli PBB.  Hamzah Ibrahim  menjadi Ketua Zon Samarahan Pemuda PBB setelah dilantik oleh Ketua Pemuda PBB Yang Berhormat Datuk Fadilah Yusuf untuk jawatan penting tersebut.

Dengan keluarnya kenyataan akhbar di muka surat depan Utusan Sarawak ini maka menunjukkan bukan sahaja Hamzah Ibrahim mempunyai sokongan di kalangan Melayu Samarahan tetapi juga Bidayuh Samarahan.  Hamzah Ibrahim juga Timbalan Ketua PBB Cawangan Muara Tuang badan induk. Oleh itu terserlahnya kekuatan Hamzah Ibrahim sungguh besar.  Ini di kenalpasti oleh wartawan Utusan Sarawak yang meletakkan artikel ini di muka depan suratkhabar seriring dengan artikel-artikel nasional dan negeri.  Kepimpinan PBB di samarahan mahupun teratas tiada pilihan tetapi akur kepada desakan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads