Jumaat, 18 Mei 2012

11 di marudi sarawak - Google Blog Search

11 di marudi sarawak - Google Blog Search


Miri perlukan pusat rawatan kanser sendiri, kurangkan kos untuk <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 05:11 AM PDT

Sebastian dan Dr. Jack sedang berbincang mengenai kemudahan di Hospital Miri.

LOPENG, 16 Mei– Kementerian Kesihatan perlu mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan pusat rawatan kanser di Hospital Miri bagi menampung jumlah pesakit kanser yang kian meningkat di utara Sarawak.

Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong Siew Yu berkata, setakat ini seramai tujuh kanak-kanak menjalani rawatan kanser di Wad Pediatrik, Hospital Miri dan jumlah ini dijangka terus meningkat.

"Saban tahun, Hospital Miri menerima antara tujuh hingga 10 kes kanser dan peningkatan ini membimbangkan. Daripada 70 kes kanser di Sarawak pula, 10 peratus membabitkan pesakit dari Miri."

"Setakat ini, semua pesakit kanser dirujuk ke Jabatan Radioterapi dan Onkologi di Hospital Umum Sarawak di Kuching manakala rawatan susulan pula di sini," katanya ketika ditemui di Hospital Miri.

Semua rawatan utama kanser seperti radioterapi, kemoterapi, harmonal dan radioisotope dilaksanakan di sana.

"Hospital Miri tidak dapat berbuat demikian kerana ia bergantung kepada polisi dan rancangan Kementerian Kesihatan. Jadi terpulang kepada kementerian untuk menyediakan kemudan itu pada masa depan."

Sebelum ini, terdapat cadangan daripada orang awam agar Hospital Miri menyediakan rawatan kanser bagi memudahkan pesakit di utara Sarawak seperti Miri, Limbang, Marudi dan Baram mendapatkan rawatan berbanding pergi Kuching yang jauh dan menelan kos.

Malah Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Sebastian Ting turut mencadangkan agar Miri mempunyai pusat rawatan kanser untuk kemudahan rakyat tempatan.

"Peningkatan pesakit kanser di sini semakin membimbangkan. Justeru saya berpendapat adalah wajar kemudahan ini disediakan agar kita tidak bergantung dengan rawatan di Kuching," katanya sambil menambah beliau akan membawa perkara itu kepada pihak atasan untuk dipertimbangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads